Dulu Diislamkan Kini Adam Corrie Bantu Saudara Baru Lafaz Dua Kalimah Syahadah

Jika dahulu pelakon terkenal Adam Corrie pernah bergelar saudara baharu, namun siapa sangka kini beliau sudah berjaya mengislamkan ramai orang bukan islam. Terbaru, Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah menerusi FB telah berkongsi video memperlihatkan dia sedang mengislamkan beberapa individu berbangsa cina dan juga India.

Menerusi video sama beliau turut dilihat mengajar kedua-dua pasangan tersebut mengucap dua kalimah syahadah sambil disaksikan beberapa individu. “Alhamdulillah, di hari Jumaat yang penuh keberkatan . Selamat kembali kepada fitrah wahai saudara-saudaraku..

“Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.” – (Al-Kahfi:10)

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau palingkan hati kami dari Islam setelah Engkau beri hidayah kepada kami. Limpahkanlah keimanan kepada kami dari sisi-Mu. Engkau Maha Pemberi rahmat kepada orang-orang mukmin.” (Ali Imran :8 )” tulis beliau menerusi posting tersebut.

Sebagai rekod Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 ketika usianya 39 tahun. Beliau sejak bergelar mualaf pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah – Saudara Kita peringkat negeri Selangor pada 2017 lalu.

Sumber: BuzzKini / updateinside

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini