Doktor selalu singgah beli char kuey teow, tk sangka berjodoh pula dengan Tukang Masak

Jodoh itu rahsia Tuhan. Jika si dia sudah ditetapkan sebagai pasangan kita, pastinya kedua-dua pihak akan terbuka hati untuk menerima.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TlkTok dikenali sebagai Haida Hairol apabila berkongsi kisah perkenalan abangnya dengan kakak iparnya yang merupakan seorang doktor.

Pakai baju pengantin masak char kuey teow
Menurut gadis itu, pertemuan mereka bermula apabila kakak iparnya kerap datang ke gerai dan abangnya mencuba nasib untuk berkenalan.

Video pasangan tersebut yang segak berpakaian pengantin dengan mempelai lelaki sedang memasak Char Kuey Teow telah tular di mediasosial selepas ditonton lebih dari 2 juta viewers kurang dari sehari selepas dimuat naik.

Rupanya suka sama suka
Tambah Haida lagi, abangnya pada awalnya berasa segan dengan kakak iparnya memandangkan wanita itu berkerjaya hebat. Namun, rupanya mereka saling cinta dan akhirnya memutuskan untuk melanjutkan hubungan ke fasa yang lebih serius.

Ada juga kisah yang sama
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif dengan menyatakan jodoh itu tak kenal siapa.

Mereka juga sempat berseloroh menanyakan sama ada perlu atau tldak menjadi peniaga char kuew teow demi mencari jodoh buat yang masih bujang.

“Abang hensem kot, doktor penat2 balik kerja happy sikit suami helok”

Dah ada bini masak pun tumpah2

Sikit lagi berniaga ada restoran la tu

Nak kena berniaga char kuey teow ke nak cari jodoh?

Sumber : omm / newstoday77

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini