Didedahkan Oleh Sekumpulan Saintis, Buat Kali Pertama Hujan Terjadi Di Puncak Ais Greenland. Dan Itu Pet4nda Kur4ng B4ik

Kesan ais yang mencair itu akan mengalir ke laut, seterusnya mengakibatkan paras air laut meningkat. HUJAN di puncak tertinggi litupan ais di Greenland direkodkan buat kali pertama minggu lalu, sekali gus mencetus petanda yang membimb4ngkan iaitu kemungkinan lapisan ais yang menc4ir pada kadar pantas.

Buat kali pertama hujan terjadi di puncak ais Greenland, dan itu petanda kurang baik | Astro Awani

Perkara itu didedahkan oleh sekumpulan saintis pada Jumaat, lapor Reuters. “Itu bukan tanda yang sihat untuk kawasan yang dilitupi ais. Air yang jatuh ke atas ais adalah berita bu ruk. Ia menjadikan permukaan lapisan ais itu lebih cenderung untuk mencair,” ujar pakar glasiologi dari Lamont-Doherty Earth Observatory, Universiti Columbia, Indrani Das.

Buat kali pertama hujan terjadi di puncak ais Greenland, dan itu petanda kurang baik

Bukan sahaja air lebih hangat berbanding salji, ia juga kelihatan lebih gelap, maka ia menyerap lebih banyak cahaya matahari berbanding memantulkannya kembali. Kesan ais yang mencair itu akan mengalir ke laut, seterusnya mengakibatkan paras air laut meningkat.

Buat masa ini sahaja, kesan cairan ais dari Greenland – lapisan ais kedua terbesar dunia selepas Antartika – telah menyebabkan 25 peratus kadar kenaikan laut global sepanjang beberapa dekad lalu. Kejadian itu dijangka terus berlaku, seiring peningkatan suhu global.

Hujan telah dikesan terjadi selama beberapa jam di litupan ais di puncak setinggi 3,216 meter pada 14 Ogos lalu, di mana suhu kekal lebih tinggi dari paras beku selama sembilan jam, kata saintis dari Pusat Data Salji dan Ais Kebangsaan, Amerika Syarikat.

Suhu di puncak itu hampir tidak pernah berada lebih tinggi dari paras beku, namun kini sudah terjadi tiga kali dalam tempoh kurang sedekad.Secara keseluruhan, 7 bilion tan hujan berlaku di seluruh Greenland selama tiga hari, dari 14 Ogos hingga 16 Ogos, sekali gus menjadi jumlah tertinggi direkodkan sejak tahun 1950.

Kejadian hujan yang memecahkan rekod itu adalah tanda amaran terkini tentang kesan perubahan iklim yang menjejaskan litupan ais di Greenland. Pada Julai lalu, pencairan ais besar di Greenland sudah cukup untuk meningkatkan paras air seluruh negeri Florida sehingga 5 sentimeter.

Kejadian itu dan juga hujan yang baru saja terjadi adalah disebabkan corak kitaran udara yang hangat dan lembap menyelubungi pulau tersebut. “Kejadian hujan di ouncak Greenland bukan hal yang terpencil. Ia membawa risik0 b4njir, [email protected] dan banyak lagi hal ekstr3m lain,” tegas saintis Twila Moon.

Sumber:Astroawani / majalah

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini