Dia Mesej Ibu Maklumkan Nak Kat Saya, Mula-mula Macam Biasa Saja, Tapi Bila Dah Jumpa…

BENARLAH kata orang, jodoh itu rahsia tuhan.
Gadis ini turut bersetuju dengan kata-kata berkenaan, malah menganggap jodoh yang hadir bagai satu kejutan.

Menurut Robiatul Adawiah Jamilrullah, dia berkenalan dengan tunangnya, Mohamad Shahrulniezam Shafie menerusi sebuah aplikasi mencari jodoh pada awal tahun ini.

Sekadar mencuba nasib, namun siapa sangka kasih bertaut antara pasangan berusia 23 tahun itu sehingga mereka akhirnya mengikat tali pertunangan pada 7 November lalu.

“Kami baru kenal awal tahun ini. Kami berkenalan dalam sebuah aplikasi. Bila dah beberapa hari berkenalan, kami mula berkongsi WhatsApp.

“Mula-mula macam biasa saja. Tapi bila dah jumpa, dah mula rasa sayang. Saya juga setuju cara kita cari jodoh zaman sekarang pun dah berubah.

“Tapi, kita kena tengok betul-betul. Kena siasat dahulu. Tapi Alhamdulillah saya jumpa yang OK,” ujarnya yang mesra disapa Rubiy.

Rubiy berkenalan dengan tunangnya pada awal tahun ini.

Menurut pelukis pelan yang menetap di Pahang itu, dia pada awalnya merancang untuk terus bernikah, namun menukar perancangan kerana mahu menjalankan majlis serentak dengan kakaknya.

“Awalnya kami rancang untuk terus nikah. Tapi kakak saya nak bertunang, sebab itu saya pun ambil keputusan untuk bertunang. Kami adakan dalam satu majlis saja.

Selain orang Malaysia, orang dari Indonesia pun ramai komen ucap tahniah kepada kami.

“Rancangan untuk kahwin juga berlaku secara spontan saja. Tiba-tiba dia mesej mak saya. Saya pun agak terkejut. InsyaAllah kami akan nikah 10 Disember ini.

“Saya ingatkan dia main-main, rupa-rupanya dia serius. Masa tu saya fikir, betul ke dia nak kat saya? Dia boleh tahan ada rupa,” ujarnya berseloroh.

Dalam pada itu, Rubiy turut berkongsi video di sekitar majlis pertunangannya menerusi aplikasi TikTok sehingga meraih 1.3 juta tontonan.

View this post on Instagram

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Ruby bertunang pada 7 November lalu.

Kata Rubiy, dia terkejut menerima reaksi luar biasa netizen, malah turut terharu dengan kiriman doa mereka.

“Saya berkongsi video sekadar untuk buat kenangan. Terkejut bila viral. Saya sangat terharu baca komen-komen termasuklah yang doakan kami.

“Selain orang Malaysia, orang dari Indonesia pun ramai komen ucap tahniah kepada kami. Semua doa yang baik-baik,” ujar Rubiy.

Tambah Rubiy, ramai individu turut mengucapkan terima kasih kepadanya kerana memberi semangat dan keyakinan kepada mereka menerusi video yang dikongsi.

Pasangan sama cantik sama padan ini dijangkan mendirikan rumah tangga pada bulan depan.

“Lagi suka bila ramai yang komen dan ucap terima kasih sebab video saya beri mereka semangat dan keyakinan.

“Mereka kata, saya bagi mereka keyakinan untuk tak rasa insecure dengan diri sendiri. Pesan saya, sentiasalah yakin dengan diri sendiri.

“Jangan fikir mengenai orang lain, janji kta jaga diri dan diri kita gembira,” ujarnya yang kini dalam proses persiapan untuk majlis pada bulan depan.

Sumber : mstar / printlyrics

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini