Cubaan Kedua Rentas Daerah Kalini Naik Gabus, Alasan Ingin Pergi Ke Mekah

AKTIVITI rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi tidak dibenarkan di seluruh negara.

Ia adalah sebahagian prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara bagi mengawal perebakan wabak Covid-19 di negara ini.

Menyedari laluan darat dikawal rapi oleh pihak keselamatan, keberanian dan ‘hati kering’ tidak menyekat hasrat seorang lelaki untuk merentas daerah menggunakan jalan laut sekali lagi.

Rakaman video yang memaparkan lelaki berkenaan sedang meniarap di atas bongkah gabus kira2 satu meter persegi yang dijadikan sebagai rakit dipercayai bertujuan untuk merentas daerah tular di laman sosial.

Berdasarkan paparan video berkenaan, kelihatan lelaki terbabit turut membawa bersama sebuah beg galas dengannya.

Memetik laporan portal berita tempatan, lelaki berkenaan dipercayai membuat percubaan merentas daerah menggunakan kepingan tebal gabus styrofoam sebagai pelampung untuk dirinya.

Perjalanan ‘berani’ lelaki bekenaan adalah dari bahagian pulau negeri Pulau Pinang ke tanah besar melalui jalan laut itu.

Bagaimanapun, usaha lelaki berkenaan tidak berjaya selepas tindakannya dikesan oleh Polis Marin yang bertindak menyelamatkan lelaki terbabit dengan membawanya naik ke atas sebuah bot.

Difahamkan, ini merupakan percubaan kedua merentas daerah yang dilakukan olehnya. Kali ini lelaki berkenaan memberi alasan mahu berenang pergi ke tanah suci Mekah pula.

Haritu Cuba renang Dari Grown Ke Bagan dan Kali ni guna sterofoam utk Rentas daerah seberangi lautan

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, mangsa sebelum itu telah terjun ke dalam laut di Jeti Tanjung City Marina di sini sebelum diselamatkan oleh sepasukan Polis Marin.

Beliau berkata, siasatan mendapati, lelaki berusia 28 tahun tersebut merupakan individu sama dalam kejadian yang dilaporkan sebelum ini yang mahu pergi ke Seberang Perai waktu ketika dulu.

Lelaki berkenaan dibawa ke ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan penilaian tahap kesihatan mental dan kini ditempatkan di Wad Psikiatrik bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan ujian saringan awal air kencing mendapati dia adalah negatif dadah.

Dalam ‘percubaan’ pertamanya 12 Julai lalu, lelaki tersebut telah diselamatkan pekerja Penang Port Sdn Bhd di kawasan sama selepas terjun ke dalam laut dan memberi alasan untuk berenang menyeberang ke Seberang Perai bagi berjumpa kawan-kawan.

Hasil penilaian pihak hospital sebelum ini juga mendapati dia tidak mengalami sebarang masalah mental serta telah diambil oleh ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan pemulihan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana ketagihan dadah yang amat serius.

Sumber: Tiktok Penang Kini/ Mamu Jarum /

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini