Cemas Dikejar Gajah Semasa Lalu Jalan Gerik-Jeli, Warganet Kongsi Pengalaman Cara Untuk Hadapinya

Orang ramai sedia maklum jalan Gerik-Jeli merupakan laluan haiwan liar melintas, lebih-lebih lagi sekawanan gajah yang sering kali muncul pada waktu malam yang membuatkan pengguna jalan raya terpaksa berhenti memberikan laluan kepada haiwan itu.

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok berk0ngsi satu rakaman video pendek ada seekor gajah cuba menghampiri kereta-kereta yang sedang menunggu haiwan liar itu melintasi jalan tersebut.

Detik cemas itu menyebabkan dua buah MPV di hadapan kereta yang merakam video itu mengundurkan kenderaan masing-masing bagi mengelakkan haiwan mamalia itu berbuat ‘apa-apa yang buruk’ kepada mereka semua.

Perk0ngsian video itu telah mendapat hampir 2 juta tontonan dengan lebih 4,000 komen daripada pengguna TikTok yang lain. Menurut , adik iparnya yang memandu pada waktu itu. Selepas dia mendapati terdapat ruangan untuk maju ke hadapan, dia memecut sepantas yang mungkin untuk mengelakkan bertembung dengan gajah itu.

Orang ramai yang berpengalaman dengan situasi seperti itu tidak lokek untuk berk0ngsikan cara-cara mereka berhadapan dengan haiwan mamalia darat terbesar terbabit.

Majoritinya menyarankan untuk semua kenderaan segera berhenti di tempat masing-masing dan tidak membunyikan hon atau membuka lampu (jika waktu malam) supaya gajah itu tidak tertarik perhatiannya.

Selepas haiwan itu selesai melintasi jalan raya dan situasi dirasakan selamat, barulah kenderaan boleh meneruskan perjalanan seperti biasa. Cara tersebut dipraktikkan agar pengguna jalan raya dapat mengelak pertembungan dengan haiwan terbabit.

Bagi sesiapa yang sering menggunakan jalan raya ini dan tidak pernah lagi terserempak dengan haiwan mamalia ini, anda boleh cuba menggunakan tips yang dik0ngsikan oleh orang ramai supaya kesemua pihak dapat menggunakan laluan tersebut dengan aman dan selamat.

Sumber: mytvviral

Perhatian! Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komen yang dibuat melalui laman sosial ini. Ini adalah pandangan peribadi pemegang akaun dan tidak sepatutnya menggambarkan kedudukan lembaga editorial kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri

Sudah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Kongsi Halaman Media Porta< /a> l Ya.

Jom sertai group ni.. Istimewa untuk setiap dari kita berkongsi menu masing-masing.. InsyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Mahu Sertai –> Klik Di Sini

Sudah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Kongsi Halaman Media Porta< /a> l Ya.