Buay4 Gergasi Sepanjang 16 Kaki Tumpas Selepas ‘Mengambil’ Nyawa 80 Orang

Seekor buay4 gergasi sepanjang 16 kaki yang menghantui penduduk kampung di Luganga, Uganda selama bertahun-tahun akhirnya tumpas. Buaya yang diberikan nama Osama itu sangat ditakuti selama ini kerana menjadikan penduduk kampung dan kanak-kanak sebagai mangsanya dah sehingga kini telah mengambil nyawa 80 orang.Buaya Gergasi Sepanjang 16 Kaki Tumpas Selepas ‘Mengambil’ Nyawa 80 Orang

Buay4 ‘Osama’ itu tumpas selepas berjaya ditangkap menggunakan umpan paru-paru lembu. Menurut penduduk tempatan, keganasan buaya ini sangat ditakuti sehingga penduduk tempatan percaya buaya ini mempunyai ‘kuasa’ tersendiri.

Buay4 ‘Osama’ itu dianggarkan berusia 75 tahun dan telah mengganas di kawasan kampung sejak 14 tahun yang lepas.

Menurut laporan The Mirror, buay4 itu sering dilihat muncul di Sungai Victoria untuk mencari mangsa. Apa yang menakutkan ialah buay4 ini pandai menterbalikkannya perahu nelayan tempatan.

Buay4 ‘Osama’ ini berenang di bawah perahu-perahu nelayan sebelum bertindak menterbalikkannya dan membaham mangsa yang jatuh ke sungai.

Buay4 Gergasi Sepanjang 16 Kaki Tumpas Selepas ‘Mengambil’ Nyawa 80 Orang –

Seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai Paul Kyewalyanga menceritakan dia dan saudaranya pernah diserang buay4 berkenaan.

Menurutnya ketika kejadian berlaku, dia mendayung perahu untuk memancing, tiba-tiba buaya ‘melompat’ dan membaham saudaranya, Peter.

Berat reptilia itu menyebabkan perahu dinaiki mereka tenggelam ke dalam sungai dan buay4 itu menggigit kaki mangsa. Peter kemudian ditarik ke dalam sungai sebelum hilang dari pandangan sehinggalah kepala dan tangannya dijumpai beberapa hari kemudian.

Buay4 ‘Osama’ yang ditangkap itu masih lagi hidup meskipun ramai yang mahu melihatnya mati. Namun diberitahu mereka tidak dapat melakukannya tanpa terlepas dari hukuman pihak berkuasa.

Buay4 Gergasi Sepanjang 16 Kaki Tumpas Selepas ‘Mengambil’ Nyawa 80 Orang – sajagempak.comBuaya ‘Osama’ dihantar ke Uganda Crocs dan akan digunakan untuk ‘breeding programme’ untuk ‘menghasilkan’ lebih ramai buay4.

Namun ada satu berita kurang enak didengar apabila menurut laporan Mirror, dikatakan buay4-buay4 yang dibiakkan oleh Uganda Crocs akan digunakan untuk memperoleh kulit-kulit buaya yang kemudian dijadikan produk untuk industri fesyen seperti bag tangan, dompet dan sebagainya.

sumber: sajagempak

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini