Buah ini mempunyai keunikan tersendiri kerana penampilannya yang menggabungkan ciri-ciri durian dan cempedak.
Dari segi rupa, buah mentawa memiliki bentuk yang unik. Kulit luarnya mengingatkan kita kepada durian dengan duri-duri yang tidak terlalu tajam, sementara isi buahnya lebih mirip dengan cempedak.
Menariknya, buah pala munsuh ini juga dikatakan persis buah tarap atau buah terap. Namun, apa yang membezakannya adalah warna isinya dimana buah mentawa ini berwarna oren atau kuning keemasan, berbeza dengan buah terap dengan isinya berwarna putih susu.
Menurut warga lokal, buah pala munsuh ini dikatakan mempunyai rasa masam, manis dan creamy!
Baunya pun tidak ‘menyengat’ seperti buah terap.
Difahamkan, buahnya yang belum matang boleh dijadikan sayur seperti buah cempedak dan nangka.
Bijinya pula boleh direbus atau disangai atas api kecil dan mempunyai rasa berlemak seperti kekacang.
Namun, buah mentawa kini jarang dijumpai di Sarawak dan dianggap sebagai buah yang rare oleh warga lokal.