Bolehkah Anak Tiri Mendapat Harta Pusaka?

SOALAN:

Arwah ibu saya telah terlanjur dengan orang lain dan mengandung sebelum berkahwin dengan ayah saya, tetapi ibu saya bersalin selepas berkahwin dengan ayah saya dan dikurniakan anak lelaki. Setelah ibu dan ayah saya meningg4l, adakah abang tiri saya akan dapat hak harta pusaka ayah saya? Saya memohon agar pihak panel dapat menjawab soalan saya. Sekian.

JAWAPAN:

Pertamanya, bagi memastikan seseorang itu layak mendapat bahagian daripada harta pusaka, mereka hendaklah mempunyai perkaitan atau disebut sebab perwarisan mereka dengan si m4ti. Mengikut Undang-Undang Pusaka Islam, terdapat tiga sebab perwarisan iaitu nasab (pertalian d4rah), perkahwinan dan al-walā’. Fokus perbincangan akan tertumpu berkaitan nasab dan perkahwinan sahaja berdasarkan situasi soalan di atas yang melibatkan isteri, anak kandung dan anak tiri.

Nasab bermaksud hubungan kekeluargaan antara pewaris (si m4ti) dan waris-waris yang berlaku melalui pertalian d4rah. Mereka terdiri daripada al-furuʿ (anak dan cucu), al-usūl (bapa dan datuk), al-ḥawāshiyy (adik-beradik, pakcik dan makcik) serta lain-lain yang berkaitan.

Keduanya, hubungan yang terhasil melalui pertalian d4rah atau perkahwinan mempunyai perbezaan antara satu sama lain daripada sudut penerimaan harta pusaka. Mereka yang lebih akrab susur galurnya kepada si m4ti akan tersenarai sebagai penerima utama harta pusaka. Ini kerana, ketetapan kadar yang ditetapkan Allah berbeza-beza bergantung keutamaan, tanggungjawab dan susunan kekeluargaan.

Penerima pusaka boleh dibahagikan kepada tiga kelompok utama mengikut turutan; ashāb al-furūd, al-‘asabah, dan dhawi al-arḥām. Pengertiannya:

Ashāb al-furūd: Ahli waris yang paling utama didahulukan dalam pembahagian dan penerimaan harta. Golongan ini merupakan ahli waris yang telah ditetapkan bahagian atau saham mereka dalam pembahagian pusaka menurut al-Quran, al-Sunnah dan ijma’. Contohnya, suami, isteri dan anak perempuan.
Al-‘Asabah: Ahli waris yang menerima keseluruhan harta pusaka jika tiada ashāb al-furūd atau menerima baki pusaka sekiranya mempunyai lebihan selepas diagihkan kepada ashāb al-furūd. Contohnya, anak lelaki.

Dhawi al-Arḥām: Ahli waris selain ashāb al-furūd dan al-‘asabah yang tidak ditentukan hak pewarisan harta pusaka dalam al-Quran, sunnah atau ijma’. Contohnya, cucu lelaki dari jalur anak perempuan si m4ti.
[Lihat: al-Mawarith fi al-Shariah al-Islamiyyah, m/s 37]

Melihat situasi di atas, abang tiri penanya yang juga merangkap anak tiri si m4ti tidak mendapat bahagian daripada harta pusaka. Alasannya kerana tidak memenuhi kriteria perwarisan harta seperti pertalian d4rah, perkahwinan mahupun wala’. Seperti kita sedia maklum, anak tiri tidak mempunyai pertalian d4rah dengan bapa tirinya.

Namun perlu diingatkan, walaupun anak tiri tidak mendapat bahagian daripada harta pusaka, tidaklah menghalang adik-beradik tiri lain yang mendapat bahagian harta pusaka untuk melakukan amal jariah dengan membantu meringankan beban dan kesusahan melalui pemberian wang saku, makanan dan lain-lain kepada mereka secara sukarela.

Hayatilah saranan Nabi agar memberikan keutamaan bantuan kepada kaum kerabat berbanding orang lain. Ini seperti hadith yang diriwayatkan oleh Salman bin Amir R.A, Nabi SAW telah bersabda:

‏الصَّدَقَة عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةْ، وَعَلَى ذِي الْرحم ثنتان‏:‏ صَدَقَةْ وَصِلَةْ

“Zakat kepada orang miskin diberikan fadhilat zakat manakala kepada ahli kerabat diberikan dua fadhilat; iaitu zakat dan silaturrahim.” [Riwayat al-Nasai’e (2582) dan Ibn Majah (1844)]

Akhirnya, apabila agama menghadkan suatu perkara, agama juga membuka seribu macam pintu kebaikan yang lain. Rebutlah peluang kebaikan tersebut, moga-moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan hidup, insyaAllah.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan

Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih

Sumber : OhMediaIslam / rencahrasa

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini