Boleh Atau Tidak Bayar Mas Kahwin Secara Ansuran?

Mahar atau mas kahwin merupakan satu pemberian yang wajib suami berikan kepada isteri kerana pernikahan. Isteri berhak mendapat mas kahwin sejurus akad nikahnya sah. Mas kahwin akan menjadi hak isteri seepenuhnya dan tidak boleh diambil oleh suami atau ahli keluarga yang lain kecuali jika isteri benarkan.

Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah. Maknanya, ia mudah untuk dipenuhi oleh bakal suami. Namun, jika bakal suami tidak mampu, adakah boleh membayar mahar kepada isteri secara ansuran atau hutang?

Boleh Dengan Persetujuan Kedua-Dua Pihak

Menurut perbahasan ulama melalui al-Fiqh al Manhaji, mereka berpendapat bahawa boleh membayar mahar kepada isteri dengan cara hutang atau apa sahaja yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

“Pemberian mas kahwin tidak disyaratkan dengan segera. Ia boleh disegerakan atau ditangguhkan sebelum persetubuhan. Walau

bagaimanapun, penangguhannya hendaklah berdasarkan tempoh masa yang telah dipersetujui masanya. Isteri juga berhak menahan dirinya daripada melakukan persetubuhan dengan suami sehingga mas kahwin tersebut langsai. Namun, jika ia bersetuju untuk ditangguhkan, maka isteri tidak berhak menahan diri daripada suami kerana ia adalah berdasarkan persetujuan masing-masing.”

Melalui perbincangan ini, ia menunjukkan bahawa mas kahwin adalah hak isteri yang wajib ditunaikan. Jika suami tidak mampu dan meminta dipanjangkan tempoh bayaran, ia dibolehkan dengan persetujuan masing-masing.

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.