“Bkn menantu pilihan”. Ayah muflis. Haritu kwn ayah cuba2 ibu. Ayah tahu, tp reaksinya buat aku trkedu

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku ceritakan supaya pembaca dapat mengambil iktibar dan tujuan lain semoga mak cik dan keluarga opah aku dapat membaca untuk menggerakkan sel sel otak mereka supaya dapat berfikir dengan baik.

Kisahnya ibu aku bukanlah menantu pilihan. Opah selalu sebut ibu anak orang miskin tak layak jadi menantu opah. Lagi pula ibu dengan ayah berlainan negeri, opah tak suka. Katanya orang jauh, nak kalau boleh orang sama negeri juga.

Hidup kami tak de lah melarat, rezeki ibu Allah murahkan walaupun di uji dengan kelahiran anak OKU. Yang ni opah mula tunding jari ini semua kenan keturunan ibu. Atuk pernah nak guna nama ibu beli ape ntah… dalam diam ibu bagitahu dekat bank ibu tak setuju cancelkan.

Ada cubaan juga opah nak susun atur hidup ibu ape patut ibu beli, susun atur rumah semua hal tapi ibu cerdik ibu buat bodo saja tak layan.

Ibu still dengan gaya ibu besederhana biarlah orang pandang miskin janji tak meminta minta dengan orang. Opah dan mak cik aku selalu kutuk ibu macam macam. Depan ibu baik elok saja. Belakang ibu semua cerita nista ibu diaorang sebut.

Pernah ibu heret ayah ke pejabat agama, mengadu pasal ayah tak bagi nafkah 10 tahun lak tu, sabar betul ibu. Pernah ibu mengadu pada opah pasal ayah, ibu pula yang dimarahnya… opah kata ibu yang tak reti bersyukur bersuamikan ayah.

Depan keluarga opah ayah tak pernah bela ibu biapun opah mengata ibu macam macam. Semua tu ayah ia kan saje. Nampak ayah seorang yang betul betul taat pada opah tapi tak boleh fikir yang mana patut, betul atau salah.

Ibu nak bercerrai tapi ayah janji nak berubah bulan bulan nak bagi duit nafkah pada ibu walaupun tak sempurna. Rumah, kereta, belanja sekolah, kos rawatan kecemasan, jalan sana sini semua pakai duit ibu, duit ayah hanya untuk beli beras, bayar bil api air …

Rumah aku tak dak astro ekk, wifi internet bagai tu tak de jadi bukan banyak pun jumlah bil bil yang kena bayar tu pun boleh tertunggak last ibu juga yang setelkan.. Bermula dari situ makcik aku pun sama salahkah ibu. Bila diaorang mengumpat siap pesan dekat aku jangan cerita dekat ibu.

Opah pernah kata nanti kalau ayah kaya dapat pangkat datuk ke ibu jangan berangan jadi datin. Aku gelak aku cakap ayah akan jadi datuk ibu jadi nenek bila along kahwin dan beranak nanti.

Ayah pandai berbohong, suka menipu, depan opah ayah cakap ibu yang salah ayah sentiasa benar, opah memang percayalah anak dia, tapi semua tu dalam poket ibu,

Pernah curi duit ibu siap transfer lagi kat adik beradik dia, tapi ibu cepat bertindak ibu tukar semua no pin akaun bank sikit pun ibu tak bagi ayah tahu…

Tapi mak cik dan opah masih buta duk ngata ibu lagi, ibu malas suka tidur macam macam la. Yang aku herannya macam mana mereka tohmah ibu macam tu walhal diaorang tak pernah duduk serumah dengan kitaorang pun.

Satu lagi mereka tuduh ibu menyusahkan ayah. Sebab kadang kadang ayah hantar ibu sana sini mengikut keperluan ibu… Ayah tu satu lah dia hantar sebab dia nak pakai kereta ibu.. Ayah tak de kereta, motor pun takde… semua ibu.

Ayah depan ibu dia tunduk tak berani mengata ibu sebab sekali ibu smashes boleh rasa sampai tulang hitam.. Jadi opah depan ibu nampak baik elok saja tak berani lebih lebih. Ibu banyak sabar ibu kata ikut saja rentak opah sampai mana dia boleh hidup macam tu..

Ibu pesan dekat aku kalau opah dan mak cik ngata ibu, iyakan saje… Biarlah mereka mengata, lagi murah rezeki ibu. Ayah suka cerita pasal ibu kalau ibu buat ape ape beli aset ke ape… nanti opah kata banyak duit ibu.

Sebenarnya ibu dah rahsiakan dari ayah tapi adik aku tercerita dekat ayah sebab adik aku duk berangan nak pindah nak duk tempat lain.

Bab nafkah ibu sampai hari ni pun ayah tak dapat sempurnakan mengikut kadar kemampuan ayah… Aku pelik ayah dengan pakcik aku yang tua bangka dia boleh senang senang bagi duit.

Sejak atuk meninggal ayah banyak habis masa dekat rumah opah kononnya opah takut duk sorang walhal jiran kiri kanan depan belakang rapat rapat. Ayah buat rumah kami macam rumah tumpangan saja banyak tahun juga lahh tapi ibu sabar.

Adik beradik ayah yang lain jarang jenguk opah. Aku sebenarnya tak kisah kalau ibu cerrai dengan ayah dan kahwin lain. Ibu berhak untuk bahagia macam orang lain. Tapi keluarga opah semua buta mata langsung buat buat tak nampak.

Selalu tengok ibu menangis sorang malam malam sambil berdoa.

Ibu kata serah pada Allah biar Allah yang urus tiada daya kita untuk ubah manusia. Ibu pesan pada aku, supaya dari sekarang rajin berdoa supaya mendapat jodoh yang baik dunia dan akhirat. Biarlah semua tunding ibu salah, ibu tak bersyukur.

Satu hal kenapa ibu bertahan sebab masih ada sisi baik ayah yang ibu pandang. Ayah bukan kaki pukul, ayah penyabar tapi cuma tak reti bertindak dan berfikir dengan baik. Ibu pernah kata mungkin ayah juga OKU macam adik tapi tak ketara sangat.

Bila lahh ayah nak berubah. Umur semakin bertambah, uban dekat kepala dah memutih.

Kadang kadang aku rasa bersalah dengan ibu yelah bila kitaorang adik beradik pergi rumah opah makan apa apa dekat rumah opah nanti opah tanya ibu tak masak ke? Ibu tidur ke? Masa aku kecik masa pandai bercakap, aku tahu sebut perkataan tidur saja…

Kalau opah tanya ibu buat ape? Aku jawab le yang aku reti ibu tidur. Walaupun ibu mandi masak semua aku kata tidur… Tapi puluh tahun dahh cerita tu tapi opah masih anggap ibu suka tidur. Lagi satu opah selalu duk bangga yang makcik ada master, ibu pula takat degree saja…

Tapi yang lawak makcik ada master kerja gaji banyak ibu juga. Tu pun makcik aku tak reti nilai…. Makcik tak leh fikir.. Baru ada master belum PhD lagi.

Pangkat tak de tara mana pun macam ibu juga duduk berdiri pun. Ikutkan pemerhatian aku sebenarnya perkahwinan ibu ayah macam tak sekufu.

Ibu lebih dari ayah ketara sangat cuma lebih ayah kononnya ayah anak orang kaya (kaya perasaan) yang ayah takat SPM diaorang tak kisah pula. Nasib ibu masih boleh bertahan dengan ayah.

Ibu perempuan sederhana walaupun tak secantik artis malaysia tapi aku rasa kalau ibu single masih lahh ada yang nak dekat ibu. Kawan ayah pernah cuba cuba ibu. Macam macam dia burukkan ayah tapi ibu tak cepat melatah, ibu ignore saja dengan cara baik..

Lama lama orang tu malu sendiri tapi still best friend ayah aku. Giler tul. Ayah dah tahu tapi still duk lepak juga dengan kawantu tak tahu lah ape perasaan ayah aku.

Paling aku sedih makcik kata kalau ibu meninggal ape yang ibu tinggal untuk aku… aku jawab ilmu, tak pe tak de harta yang penting ibu bagi ilmu.

Akhir kata aku doakan ibuku murah rezeki dan aku memang bangga dengan ibu. Sayang ibu dunia akhirat. Maafkan segala salah silap along yang kadang kadang buat ibu terluka.

Reaksi Warganet

Anum Hermy –
Inilah reality keluarga sebenar. Selalu bergelumang dengan masalah remeh temeh akibat Ada manusia Yang pentingkan diri.

Yang menyedihkan jika realiti sebenar ini tidak diselesaikan dan hanya berpura pura dengan gambswafoto, ucapan ucapan mesra… Walhal Dari segi praktikal tidak langsung menggambarkan keadaan yang Di gambar!.

Hidup bukan semata Mata untuk pujian Dan mendapat like!

Faeezah Badaruddin –
Suka baca sebab ibu TT seorang yang bijak bertindak. Kalau tak boleh sabar dan nak bercerrai memang boleh sangat sebab ayah tak jalankan tanggungjawab.

Masa muda, pengorbanan dan kesetiaan seorang isteri berlalu begitu saja. Hanya Allah yang memberi balasan pahala. Macam tu lah bila dapat jodoh yang mengecewakan.

Memang betul nasihat ibu untuk doakan dari sekarang untuk dapat jodoh yang baik nanti.
Payah nak cari yang ada kualiti

Semoga ibu TT mendapat bahagia dunia dan akhirat.

Kak Yong –
Bagusla mak awak bersabar insyaallah ade ganjaran Dari Allah. Cuma Saya rasa untuk perempuan yang suami tak bertanggungjawab kalau lama sangat elok cerrai sebab Kena bagi wake up call dekat orang macamni.

Dia ada tanggungjawab. Kena kerja untuk diri sendiri paling tidak. Isteri atau parent yang masih menanggung laki tak berkerja Korg akan menggalakkan lagi dia untuk lepas tangan.

Kalau dia kerja, bukan saja ade duit untuk diri sendiri tapi dia pon menggalakkan ekonomi negara, kurangkan pati Dan kerja tu sendri ibadah dapat pahala. Dah buat dosa tak bagi nafkah at least ade pahala berkerja

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Sumber – Aku (Bukan nama sebenar) via IIUMC