Basikal kayangan persiapan musim banjir dapat pelbagai komen mencuit hati

Menjelang hujung tahun maka bermulalah musim tengkujuh di negara ini dan banyak kawasan tertentu akan terjejas sehingga menenggelamkan kediaman di kawasan tersebut.

Bagi mereka yang sudah biasa berhadapan kejadian banjir pastinya sudah bersiap sedia menghadapi bencana alam tersebut.

Menerusi perkongsian video oleh @Farul8787 di laman aplikasi TikTok, kelihatan sebuah basikal dengan rekaan cukup unik dinaiki seorang lelaki telah menarik perhatian pengguna media sosial baru-baru ini.

Diabetes hilang selama-lamanya! Lakukan ini sebelum tidur
Insulux

Pantas! Bosan dengan botak? Rambut tumbuh dalam 7 hari! Membaca
VitaHair Duo

Cara mudah untuk menghilangkan kulat kuku dengan segera
FungaXT

Orang yang mengalami sakit lutut dan pinggul mesti membaca ini!
FlexOptima
Berdasarkan video berdurasi 40 saat itu, pemuda tersebut menunggang basikal terbabit untuk meredah banjir sambil diperhatikan orang ramai kerana rekaan basikal tersebut lain daripada yang lain, namun asasnya masih sama dengan dua roda satu di depan dan belakang.

Susulan perkongsian video itu, rata-rata orang ramai telah meninggalkan pelbagai komen yang mencuit hati.

“Kalau banjir ini tak sempat nak naik basikal, kalau nak turun pula air dah surut baru kaki jejak tanah,” kata @Ezrry Yuzal.

“Ini baru dinamakan basikal kayangan, cuba tengok dia punya ketinggian itu dah paras-paras lori, apa-apa pun terbaik abang ini punya idea untuk mempersiapkan diri menghadapi banjir,” jelas @Yusry Rofeman.

“Rakyat Malaysia tak pernah tak kreatif, orang lain naik motor tengok sahaja dia berlalu pergi tanpa menghiraukan enjin masuk air,” ujar @Eshah Mahmad.

Perkongsian itu mendapat lebih 206,800 tontonan dan dihujani lebih 10,600 tanda suka di akaun TikTok miliknya.- K! ONLINE

sumber: puteradaily

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini