Baru Je Sampai Trengganu, Lain Pula Yg Jadi Kat Abang Viva

Melaka: “Biarlah dia nak buat apa. Itu antara dia dengan tuhan,” kata Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva.

Menurut Azwan, 30, dia tidak terkejut dengan kewujudan akaun palsu di Facebook menggunakan gambar dan dan identitinya dipercayai bagi memperdaya orang ramai dengan meminta sumbangan wang kononnya bagi misi bantuan menyelamatkan m4ngsa b4njir ke Terengganu.

“Ada rakan yang beritahu saya pasal ini (akaun Facebook p4lsu).

“Perkara ini macam dah biasa, awal dulu ada yang buat akaun p4lsu sebegini. Biarlah… tidak ada kesan pun pada saya,” katanya dihubungi hari ini.

Ditanya sama ada hal itu menjejaskan reputasinya, Azwan berkata, dia lebih menumpukan kepada usahanya membantu m4ngsa b4njir di negeri terjejas.

Katanya, dia juga tidak bercadang untuk membuat lap0ran pol1s berhubung perkara itu.

“Imej ini tidak ke manapun, biarlah… itu antara dia dengan tuhan,” katanya..

Kewujudan akaun Facebook p4lsu itu dikesan malam tadi menerusi perkongsian net1zen yang meminta orang ramai berhati-hati.

Semakan mendapati akaun itu menggunakan nama dan gambar seperti akaun sebenar, namun ejaan nama Azwan berbeza.

Bagaimanapun, ia dipercayai sudah ditutup apabila net1zen menyedari ia akaun p4lsu dan meminta orang ramai berhati-hati.

Sementara itu, Azwan menerusi perkongsian langsung di Facebooknya memaklumkan dia kini bersama rakan berada di Terengganu bagi misi menyelamat m4ngsa banjir.

Katanya, mereka tiba di Hulu Terengganu pada jam 4.50 pagi hari ini, dan sempat meninjau di beberapa lokasi termasuk di Kampung Pengkalan Ajal, namun difahamkan air bah sudah surut.

Abang Viva bawa bot guna pikap, bantu m4ngsa banjir Terengganu

KUALA LUMPUR: Sukarelawan yang terkenal dengan jolokan ‘Abang Viva’ Azwan Omar, dipercayai sudah memulakan usahanya secara peribadi membantu m4ngsa b4njir di Terengganu.

Satu tangkap layar yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Farah Rusdi, kira-kira enam jam yang lalu, menunjukkan perbualan Azwan, 30, dengan seorang pengguna media sosial, di mana sukarelawan itu memberitahu beliau sedang membuat persiapan untuk ke Pantai Timur.

“Sudah baca, terima kasih atas maklumat (mengenai banjir di Terengganu). Saya pun tengah bersiap (untuk ke sana),” katanya.

Pengguna media sosial itu kemudian membalas dengan ucapan terima kasih dan mendoakan keselamatan perjalanan Azwan bagi membantu m4ngsa banjir di negeri itu.

“Sekarang Kampung Lubuk Pait (di Kuala Berang, Terengganu), masih ramai terperangkap atas bumbung rumah. Mereka perlukan bot besar,” katanya.

Sementara itu, Azwan menerusi perkongsian di Facebook miliknya kira-kira jam 7 malam, hanya memuat naik status ringkas tanpa sebarang gambar dengan menulis ‘Bismillah..’, sekali gus memberi bayangan seolah-olah beliau sudah memulakan pergerakannya membantu m4ngsa b4njir.

Status dimuat naik sekitar jam 8 malam ini, mendapat hampir 8,000 reaksi reaksi dalam tempoh sejam, dengan ratusan pengguna media sosial mendoakan urusannya membantu m4ngsa b4njir dipermudahkan.

Azwan mula mendapat perhatian ketika menjalankan khidmat sukarelawannya membantu m4ngsa b4njir di Selangor, pada Disember lalu.

Kisahnya Azwan mendapat perhatian rakyat Malaysia berikutan sanggup bergerak dari Melaka bagi membantu m4ngsa b4njir di Selangor menggunakan Perodua Viva dan sebuah bot yang dibawa di atas bumbung keretanya dan hanya berbekalkan RM50, dengan RM20 digunakan untuk mengisi minyak kereta dan RM30 bagi membeli makanan untuk mengalas perut.

Kegigihannya itu, menarik perhatian seorang usahawan kosmetik, Wan Siti Aisyah Wan Hasan, yang tampil menyumbang sebuah pikap Mitsubishi Triton bagi membantu pemuda terbabit dalam kerja-kerja sukarela yang dilakukannya.

Terdahulu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan sebanyak 52 kes b4njir direkodkan antara 23 Februari lalu hingga hari ini, dengan 25 kes di Terengganu dan 21 di Kelantan, selain enam kes b4njir kilat di Selangor.

Lima daerah di Terengganu direkodkan terkesan dengan b4njir monsun ketika ini, iaitu Besut, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu dan Setiu, manakala Kelantan merekodkan empat daerah dilanda b4njir iaitu Jeli, Kuala Krai, Machang dan Pasir Mas.

Sumber : Bartarsangbad.site

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini