Bapa pakar motivasi, Dr Fadzilah Kamsah meninggal dunia

Bapa kepada pakar motivasi terkenal negara, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah telah meninggal dunia, malam tadi.

Allahyarham Kamsah Dahlan, 92, menghembuskan nafas yang terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada jam 11.33 malam.

Berita kematian Allahyarham turut dimaklumkan menerusi Facebook rasmi Dr Fadzilah Kamsah.

“Innalillahi waiinaa ilaihi rojiuun. Assalamualaikum wbr dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa Ayahanda kami Tn Hj Kamsah bin Hj Dahlan telah kembali ke Rahmatullah pada 26/2/2022 bersamaan 24 Rejab 1443H jam 11.33 malam di HTAR Klang.

“Semoga Allah mengampuni dosa2nya , merahmatinya, memuliakan kematiannya, melapangkan kuburnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Walau bagaimanapun, punca sebenar kematian Allahyarham tidak dinyatakan.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pada jam 11 pagi tadi.

sumber: wowberita