Bangkit selepas larangan berniaga pasar malam, lelaki ini buka gerai tepi jalan teruskan legasi arw̷ah bapa… strategi latih cef remaja menjadi!

KEHADIRAN pandemik Cov1d-19 sepanjang tahun lalu ternyata memberi kesan buat penduduk negara ini.

Tidak terkecuali tentunya Shaiful Afnan Salleh, 36, dari Baling, Kedah yang mengusahakan perniagaan makanan di pasar malam.

Menurut bapa kepada empat cahaya mata itu, perniagaan berkenaan diusahakan oleh orang tuanya sejak tahun 1993, namun diambil alih olehnya sejak tahun 2005.

Namun katanya, dia bagaikan terduduk apabila pasar malam tidak dibenarkan beroperasi tahun lalu, sekaligus memberi kesan terhadap perniagaan dan kehidupannya.

“Mak ayah saya dah berniaga mi goreng di pasar malam sejak tahun 1993. Selepas ayah men1nggal pada 2005, saya yang ambil alih, mak suruh saya sambung perniagaan ini.

View this post on Instagram

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Tapi masa Perintah Kawalan Pergerakan (PPK) tahun lepas, saya jatuh tervk. Saya cuti berniaga sampai tiga bulan. Kemudian saya cari insentif untuk berniaga di tepi jalan,” ujarnya kepada mStar.

Selepas badai melanda, dia yang mesra disapa Afnan tekad untuk bangkit dalam perniagaan demi meneruskan legasi yang ditinggalkan Allahy4rham bapanya.

Afnan bersama sebahagian ahli keluarganya.

Tambahnya, menu-menu seperti mi goreng bonda, bihun goreng syahdu, Maggi goreng rindu, nasi goreng kampung pedas meny3ngat, nasi goreng ikan masin dan nasi goreng ikan salai terus menjadi pilihan pembeli sehingga ke hari ini.

“Pelanggan saya 90 peratus suka makan pedas. Dulu masa zaman meniaga pasar malam sebelum PKP, nasi goreng kampung pedas menyengat tu kami masak sampai 13 kawah. Orang bersusun nak beli. Masa tu kami berniaga pasar malam di Baling setiap hari Sabtu.

Macam Mat Arid, dia dah setahun kerja dengan saya. Dia datang dengan tak pandai masak, tapi kami latih dan ajar dia.
AFNAN
“Memang seronok masa tu. Tapi bila PKP, terus menjunam. Dah lama berniaga pasar malam, tiba-tiba kena pindah lokasi masa PKP, jadi pelanggan agak lambat nak cari kami semula,” ujarnya.

Selain berkongsi menerusi Facebook, dia kini banyak berkongsi video mengenai perniagaannya menerusi aplikasi TikTok sehingga tular dan meraih perhatian ramai.

Video memaparkan salah seorang pekerjanya yang tular.

“Kami ada juga dapat pelanggan baharu melalui TikTok. Dulu mereka tengok video, tapi tak boleh nak datang. Sekarang bila dah boleh rentas daerah, mereka datang cari gerai saya.

“Saya banyak berkongsi mengenai bisnes di Facebook. Tapi nak buat video di TikTok lebih mudah dan cepat,” ujarnya lagi.

Antara anak muda yang diambil bekerja dengannya.

Menerusi TikTok, video memaparkan salah seorang pekerjanya yang berusia 16 tahun, dikenali sebagai Chef Mad Arid sedang memasak di gerai yang terletak di Kupang turut meraih lebih setengah juta tontonan.

Menurut usahawan itu, dia mengambil golongan muda bekerja demi memanfaatkan masa terluang mereka ketika PKP, disamping mahu berkongsi rezeki dengan penduduk setempat.

“Sebenarnya, perancangan saya memang nak bantu orang muda. Ketika PKP, ada pekerja saya yang berhenti dan pergi kerja kilang. Jadi saya ambil staf muda. Tambahan pula, mereka tak sekolah masa PKP.

Afnan bersama anak-anaknya.

“Macam Mat Arid, dia dah setahun kerja dengan saya. Dia datang dengan tak pandai masak, tapi kami latih dan ajar dia dalam tiga bulan sehingga dia pandai memasak.

“Malah, dia juga akan tarik rakan-rakan seusia untuk bekerja juga. Sekarang dah mula sekolah, mereka datang kerja selepas balik sekolah. Jadi mereka boleh cari pendapatan pada usia muda,” ujarnya lagi.

Komen Netizen:

Sumber : mStar / sinarviral

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini