Bacaan Talkin Anak Undang Sebak “Kami Bersaksi Segala Kebaikan Mak Di Dunia..”

ama ada di kampung mahupun di bandar, pengebumian orang Islam di negara kita biasanya memang tidak lari daripada bacaan talkin.

Namun begitu, ia jarang sekali dibacakan oleh ahli keluarga sendiri susulan tidak kuat atau masih bersedih dengan pemergian insan tersayang. Malah jika dibaca serta dihayati keseluruhan teks ayat talkin, boleh meremang satu badan dibuatnya kerana menimbulkan keinsafan.

Terima kasih pinjamkan mak…kasihmu membawa ke syurga
Baru-baru ini, saudara Ishak Ibrahim berkongsi detik pilu apabila kehilangan bonda tercinta beberapa hari lepas.

Selain berkongsi gambar terakhir bersama Allahyarhamah, moment yang paling sebak adalah ketika ketika pengebumian di samping seisi ahli keluarga yang lain.

Kami bersaksi segala amalan kebaikan di dunia…ketaatan mak walaupun tak sihat terhadap abah

Sepanjang talkin dibacakan oleh adik lelakinya, suasana cukup sayu apabila seluruh ahli keluarga dilihat tidak dapat menahan kesedihan. Selain bermohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan di alam kubur,

si anak turut lafazkan bahawa mereka akan menjadi saksi atas kebaikan ibu tercinta sepanjang hayatnya. Rakaman penuh emosi yang dimuat naik ke aplikasi TikTok tersebut nyata meruntun jiwa ramai sehingga meraih lebih 500 ribu tontonan.

Cemburu lihat keluarga ni…beruntung maknya dapat membentuk anak yang soleh & solehah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui ‘cemburu’ kerana bukan semua keluarga dapat merasai detik sebegini apalagi di musim PKP sekarang. Selain titipkan doa, mereka turut memuji Allahyarhamah sangat beruntung susulan berjaya membentuk kesemua anaknya menjadi soleh dan solehah.

Sumber: TikTok ishakibrahim198 sumbER:viralnewsupdates / updateinside

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini