Azam tahun baharu tidak kesampaian, suami m4ut tingg4lkan anak-anak kecil

KOTA BHARU – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan merempuh tiang Telekom Malaysia (TM) di Kampung Sabak, Pengkalan Chepa di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 4 petang, mangsa, Mohd Arif Ismail, 33, meningg4l dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, ketika kejadian mangsa yang beralamat di Jalan Panji menunggang motosikal jenis Honda EX5 bersendirian.

“Hasil siasatan mendapati mangsa menunggang dari arah simpang empat Sabak ke arah Pantai Dasar.

“Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu memasuki lorong bertentangan dan melanggar tiang TM,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Katanya, may4t mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, isteri arw4h yang dikenali sebagai Eyna Noraina meluahkan rasa sedih dengan pemergian suami tersayang secara tiba-tiba.

“Saya tak sangka akan kehilangan awak. Maafkan saya. Semoga Allah tempatkan awak bersamaorang-orang yang beriman. Ya Allah kuatlah semangatku. Semoga kita berjumpa di syurga abadi,” tulisnya di Facebook.

Malah, azam bapa kepada dua anak ini untuk mengubah nasih keluarganya juga tidak kesampaian.

sumber: wowberita

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini