‘Asapkan’ Pokok Waktu Petang Cara Mudah Halau Ulat & Serangga Perosak Tanaman

 

Cara Mudah Halau Ulat – Selain untuk tujuan kebersihan, ramai yang tak tahu sebenarnya ada kesan baik dari aktiviti pembakaran tersebut untuk tanaman dan pokok-pokok buah.

Kalau di kampung selalu kita lihat waktu petang rutin membakar sampah di bawah pokok pokok dilakukan.

Cara Mudah Halau Ulat – Kebaikan ‘asapkan’ pokok menjelang malam

Cara Mudah Halau Ulat

Ini kerana lazimnya asap ini mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai ‘Nafthalene gas’ yang menghalau banyak jenis serangga perosak tanaman.

Asap yang dihasilkan akibat dari pembakaran bahan organik terutamanya boleh membantu di dalam mengawal musuh dan serangga perosak pada pokok buah-buahan.

Paling utama hasil daripada pembakaran ini akan menghasilkan sisa bahan bakar yang kaya dengan baja dan nutrien seperti Potassium yang merupakan baja untuk tumbuhan.

Semakin kerap kita membakar dan menghasilkan asap, semakin kurang kemungkinan berlaku serangan serangga perosak pada pokok buah-buahan kita.

Baca ini juga: Guna Sarang Telur, Cara Berkesan Halau Serangga Perosak Tanaman & Lalat Buah

Cara Mudah Halau Ulat

Cara Mudah Halau Ulat – Cara dan waktu untuk asap tanaman

  • Lakukan pada waktu menjelang malam iaitu pukul 7 ke atas kerana ulat dan serangga perosak aktif pada waktu malam.
  • Jika tiada daun atau ranting kayu, boleh gunakan sarang telur. Bakar sarang dan apabila menyala, matikan api untuk dapatkan asap saja.
  • Pastikan rutin membakar daun dan ranting ini dilakukan jauh sedikit dari pokok. Kita perlukan asap bukan api marak.
  • Boleh lakukan 3 hari sekali.

Cara Mudah Halau Ulat

Selain mengelakkan pokok dari terkena daripada serangan ulat dan serangga perosak, asap ini juga memberikan kesan kepada pokok buah-buahan untuk mengeluarkan bunga pada waktunya.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

Baca ini juga: Teknik Elak Rumput Dan Lalang Tumbuh Guna Kotak & Kertas. Cara Dikongsi Lelaki Ini Memang Jimat Masa, Tenaga & Duit

Sumber: Animhosnan & Fig Farm Agro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *