Aprena dan Oktavia Manrose Sudah Berhijab, Iwan Syahman Luah Rasa Syukur

BAPA kepada pelakon Aprena dan Oktovia Manrose iaitu Iwan Syahman meluahkan rasa syukur dengan perubahan dua orang anak perempuannya iaitu pelakon Aprena Manrose dan Oktovia Manrose yang kini sudah berhijab.

Ujar Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman Wan Yunus, 60, dia tidak pernah mem4ksa kedua-dua anaknya itu untuk berhijab sebaliknya terus menasihati mereka agar berubah ke arah kebaikan.

“Saya selalu jumpa anak-anak saya tarbiah. Saya kata ini rezeki kamu, kamu kena fikir bahawa rezeki ini jangan berterusan kamu kena berubah.

“Bila dua orang anak saya Aprena dan Oktovia bagitahu, papa saya dah tutup aurat. Alhamdulillah bagus.

“Tapi untuk mengubah mereka bukan saya tapi Allah. Saya sebagai bapa hanya menasihatkan mereka untuk berubah,” katanya kepada

Iwan bersyukur Aprena dan Oktovia kini mengenakan imej bertudung.

Iwan ditemui pada sidang media pelancara program Hijrahkan Laguku yang diadakan di sebuah restoran di Oakwood Hotel.

Dalam pada itu, Iwan memberitahu walaupun sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri dia tidak pernah memutuskan hubungan dengan anak-anaknya.

Ujarnya, dia akan terus mendoakan dan memimpin mereka ke jalan Allah.

Saya sebagai bapa hanya menasihatkan mereka untuk berubah.
IWAN DANGDUT
PENYANYI
“Saya tidak akan putvskan hubungan dengan mereka. Saya hanya berdoa kepada Allah. Macam Oktovia ada minta doakan dia istiqamah untuk terus berhijab,” ujarnya.

Bercerita lanjut tentang perjalanan hijrahnya, Iwan kini banyak mengubah lagu dangdut yang pernah dipopularknya kepada lirik Islamik.

Katanya, dia juga memberitahu tidak akan menyanyikan lagu-lagu hitnya dahulu walaupun atas permintaan peminat.

Iwan tak putvskan hubungan dengan anak-anak.

“Saya keluarkan lagu-lagu yang sudah tukar liriknya. Kalau ada yang minta saya nyanyikan lagu dulu-dulu… minta maaf saya tidak akan menyanyikannya lagi.

“Sebab dulu saya tak faham, saya rasa meny3sal, kes4lahan saya dulu Allah bukakan. Saya hidup dalam lautan tidak bertepian, ini perjalanan hidup saya.” ujarnya.

Sumber: mStar / currentnews52

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini