Anggota, pegawai tentera m4ut kereta rempuh belakang lori seIenggara jalan

 

Sungai Besar: Perjalanan dua lelaki masing-masing pegawai dan angg0ta tentera ke Port Dickson, Negeri Sembilan bertukar tragedi apabila mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 48 Jalan Teluk Intan-Klang, berhampiran jejambat Sungai Besar, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata kejadian jam 3.20 petang membabitkan dua sebuah kereta Proton Persona dan lori penyelenggaraan jalan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa berpangkat Leftenan Kolonel dan Lans Koperal yang berkhidmat di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementah dari arah Lumut, Perak.

“Ketika kejdian, sebuah lori Isuzu dipandu lelaki berusia 35 tahun dipercayai baharu selesai menjalankan kerja pembersihan jalan di kawasan berkenaan.

“Pemandu lori kemudian memandu dalam keadaan mengundur untuk mengutip kon selepas kerja pembersihan.

“Ketika itu, kereta dinaiki dua mangsa masing-masing berusia 28 dan 49 tahun dari arah Sabak Bernam ke Klang gagal mengelak lalu melanggar belakang lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Agus Salim berkata, kemalangan mengakibatkan mangsa masing-masing pemandu dan penumpang belakang maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Sementara, pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

“Permukaan jalan empat lorong dua hala berkenaan kering dan cuaca juga tidak hujan,” katanya.

Sumber : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page DetikKiniViral.Net Ya.

PERHATIAN: Pihak DetikKiniViral tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *