Anak Sam4n Ibu Sendiri Gar42 Jual Tanah Pusaka Untuk Daftar Haji

Anak Saman Ibu Sendiri Gara2 Jual Tanah Pusaka Untuk Daftar Haji
Pengagihan harta pusaka kepada waris individu yang meningg4l dunia bukanlah suatu yang mudah namun ia harus dikendalikan dengan adil dan saksama. Namun, ia boleh menimbulkan k0nflik besar dalam kalangan saudara-mara sehingga boleh menyebabkan hubungan silaturrahim menjadi r3nggang bertahun lamanya.

Mungkin ia jarang berlaku tetapi itulah kisah yang terjadi di Indonesia apabila seorang anak lelaki terg4mak menyaman ibunya sendiri kerana tidak puas hati dengan hal penjualan tanah seluas lima hektar bernilai 260 juta rupiah (RM70,000).

Tak puas hati, tuntut sebahagian hasil jualan

Memetik laporan Tribunnews, lelaki bernama Yusriadi memfailkan saman terhadap ibunya, Senah, 70 berkaitan tanah pusaka ayahnya yang dijual tanpa pengetahuannya.

Anak-anak dah terima bahagian masing-masing

Bagaimanapun, Senah menegaskan bahawa tanah yang dijual itu sememangnya bukan milik anak-anaknya tetapi untuk kegunaan pendaftaran haji. Tambahnya lagi, anak-anaknya sudah menerima bahagian masing-masing setelah 1 lagi tanah sawah seluas 12 hektar milik suaminya dijual dan hasilnya dibahagikan sesama mereka.

Apa yang lebih menyedihkan adalah anaknya bersikap d!ngin terhadapnya dan langsung tidak menziarahinya ketika hari raya walaupun rumah mereka berdekatan. Meskipun begitu, Yusriadi masih berkeras hati ingin meneruskan tindakan undang-undang terhadap ibunya dan sudah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Katanya, dia hanya meminta hak sebanyak 0.80 hektar daripada penjualan tanah bernilai RM 70,000 itu dan kec3wa kerana dia tidak pernah diajak berbincang mengenai penjualan tanah sedangkan dirinya merupakan anak lelaki sulung.

Sumber: Tribun News, Utusan / word

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini