Anak Perempuan Juga Boleh Menjadi Asbab Mak Ayah Masuk Syurga

Ustaz Khairul Anuar Basri berkongsi tentang kisah mak ayah yang ada anak perempuan. Kenapa anak perempuan ini kena dikasihi, dijaga dengan baik. Sebab mereka boleh jadi asbab untuk mak ayah masuk ke syurga.

Kongsi Ustaz,

Semalam saya berbual dengan seorang Ustaz ni tentang anak perempuan.

Biasanya kita duk dengar, ibu bapa je asbab anak-anak masuk syurga.

Rupa-rupanya, anak perempuan ni boleh jadi asbab ibu bapa masuk syurga tau!

Nak tahu tak macamana? Macam ni…

Anak-anak ni kan anugerah terindah dari Allah buat pasangan yang telah berumahtangga. Setiap pasangan suami isteri menginginkan zuriat, tak kiralah lelaki atau perempuan.

Ada pasangan suami isteri yang dikurniakan Allah SWT zuriat yang ramai. Ada juga sebahagian pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan zuriat langsung.

Kedua-dua baik di sini Allah dan mempunyai kelebihan masing-masing.

Zaman jahiliyyah dulu, anak-anak perempuan dibvnvh. Bila isteri bersalin saja, berita baik akan bertukar bvruk bila anak yang dilahirkan itu perempuan.

Muka si ayah akan kehitaman menahan m4rah dan malu. Nak pelih4ra anak tersebut dan dapat malu ke nak tanam anak tu hidup-hidup [Surah An-Nahl, ayat 58 & 59].

Sampai macam tu sekali keadaanya bila dapat anak perempuan.

Tapi, bila Islam datang, Islam mengangkat darjat dan martabat orang perempuan.

Rasulullah SAW Pesan Jaga Elok-elok Anak Perempuan

Rasullullah SAW send1ri pesan; jaga elok-elok anak perempuan, jaga elok-elok anak perempuan.

So, pagi ini saya yang berkongsi serba-sedikit bagaimana ibu bapa boleh memanfaatkan anak-anak perempuan sebagai jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akh1r4t.

Pelindung Dari Api ner4ka

Bila ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak perempuannya dengan baik, maka anak-anak perempuannya itu akan menjadi pelindung dari api ner4ka di akh1r4t kelak.

Tanda-tanda didikan yang baik akan kelihatan pada akhlak mulia anak-anak perempuan tersebut:

Hatinya lembut.

Percakapannya baik.

Auratnya terpelih4ra.

Pergaulannya terjaga.

Berbakti kepada kedua orang tua.

Sabda Rasulullah SAW; Siapa yang diuji dengan kehadiran anak

perempuan, maka anak itu akan menjadi pelindung baginya dari api ner4ka [Hadith riwayat Ahmad].

Dekat Dengan Rasulullah SAW

Ibu bapa yang sabar menanggung nafkah anak-anak perempuannya sehingga mereka baligh, akan duduk berdekatan dengan Rasulullah SAW di hari akh1r4t kelak.

Rasulullah SAW menunjukkan jari-jemarinya yang dirapatkan kepada para sahabat RA untuk membuktikan betapa dekatnya ibu bapa tersebut dengan Baginda SAW.

Sabda Rasulullah SAW; Siapa yang menanggung nafkah 2 anak perempuannya sampai baligh, maka pada hari ki4m4t antara saya dan dia seperti ini, lalu Baginda SAW menggabungkan jari jemari Baginda SAW [Hadith riwayat Muslim].

Jalan Masuk Ke Dalam Syurga

Ibu bapa yang menjaga anak perempuannya dengan baik :

Tidak menanamnya hidup-hidup (seperti orang k4f1r jahiliyyah).
Malah tidak mengh1nanya.
Tidak membezakannya dengan anak lelaki yang lain.
Allah akan masukkan ibu bapa tersebut ke dalam syurga.
Sabda Rasulullah SAW; Siapa yang memiliki anak perempuan lalu dia tidak menanamnya hidup hidup, tidak mengh1nanya dan tidak lebih mengutamakan anak lelakinya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga [Hadith riwayat Abu Daud].

Pelindung Di hari ki4m4t

Anak perempuan ini banyak ujiannya. Jika ibu bapa dapat bersabar, memberi makan dan minum dengan baik, menyediakan pakaian yang secukupnya, maka, semua usahanya itu akan menjadi penyelamat bagi mereka di akh1r4t kelak.

Sabda Rasulullah SAW; Siapa yang memiliki 3 anak perempuan, lalu dia bersabar, memberinya makanan, minuman dan pakaian dari hasil usahanya, maka semuanya akan menjadi pelindungnya pada hari ki4m4t [Hadith riwayat Ibnu Majah]?

Asbab Untuk Berbuat Kebajikan

Anak-anak perempuan, bukan saja perlu disantuni dengan kasih sayang ketika mereka masih kecil, tetapi juga perlu diperlakukan dengan baik walaupun mereka telah dewasa.

Balasan syurga akan menanti ibu bapa yang tetap melayan anak-anak perempuan mereka dengan baik walaupun anak-anak perempuan tersebut telah dewasa dan berkahwin.

Sabda Rasulullah SAW; Tidaklah seorang muslim yang memiliki 2 anak perempuan yang telah dewasa lalu dia berbuat baik pada keduanya kecuali akan dimasukkan ke dalam syurga.

So, para ibu bapa sekelian, jom kita beri perhatian yang lebih terhadap anak-anak perempuan kita.

Mereka boleh jadi pelaburan akh1r4t yang baik untuk kita, dengan syarat kita mendidik mereka dengan baik, menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan menyantuni mereka dengan santunan yang terbaik.

Sumber : Khairul Anuar Basri, / rencahrasa

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini