Anak Pecahkan Pasu Secara Tak Sengaja, Terus Kantoi Tempat Ayahnya Sorok Duit Simpanan Selama 13 Tahun

Biasanya setiap orang mesti akan ada satu tempat yang lain dari yang lain untuk menyimpan sedikit sebanyak duit mereka tanpa pengetahuan orang lain. Biasanya tempat itu adalah sesuatu tempat yang langsung tiak disangka dan jika ianya diketahui oleh orang lain, ianya mungkin akan menjadi satu bahan lawak atau kelakar.Anak Pecahkan Pasu Secara Tak Sengaja, Terus Kantoi Tempat Ayahnya Sorok Duit Simpanan Selama 13 Tahun

Begitulah yang terjadi kepada seorang suami ini yang berada di Guangxi, China apabila salah satu tempat penyimpanan duitnya telah diketahui oleh seluruh keluarga gara-gara perbuatan anak perempuannya.

Kisanya anak perempuan mereka suka melakukan senaman dalam rumah di ruang tamu rumah mereka. Dan pada satu hari, anak perempuan mereka secara tidak sengaja telah terpecahkan pasu besar dekat ruang tamu.

Anak perempuan mereka yang kesal turut terkejut apabila menemui sejumlah duit yang tersimpan dalam pasu tersebut.

Ketika itu, ibunya sedang berada di bilik dan baru bangun tidur.

“Saya tengah duduk dalam bilik tidur dan tiba-tiba, saya dengar bunyi yang kuat datang dari ruang tamu. Saya terus turun dari katil dan berlari keluar bilik. Saya nampak pasu yang dah pecah dan duit yang banyak.

“Saya mesej suami dan minta dia pulang. Ekpresi muka dia berubah sebaik saja dia masuk dalam rumah,” kata si isteri.

Bukan tu je, menurut si isteri dia habiskan masa pagi tu untuk kira duit dan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 5,000 Yuan (lebih kurang RM3,000). Rupanya, kantoi suami dia simpan duit dekat dalam pasu tu selama 13 tahun, bermula pada 2006 waktu mereka baru saja beli rumah tersebut.

Bila dah terbongkar rahsia, si suami pun menceritakan kepada isterinya. Namun isterinya tida marah tetapi menganggap perkara itu agak kelakar malah sempat perli suaminya dengan berkata dah kumpul duit lebih 10 tahun, dia cuma dapat simpan beberapa ribu Yuan je, kelakar!”

Haha sempat lagi dia perli suami dia eh!

Buat korang yang ada tempat penyimpanan duit rahsia di rumah, janganlah sampai kantoi derngan orang lain pula ya!

Kredit ; sajagempak / sekayu

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini