Ambil tahu tentang peny̷akit kencing tikus sebelum berkelah atau mandi manda di air terjun

SEJAK kebelakangan ini, makin ramai rakyat Malaysia yang gemar meluangkan masa hujung minggu mereka untuk pergi mandi-manda di kawasan sungai dan air terjun.

Maklumlah, sudah lama rasanya kita terperap di rumah gara-gara penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

Tetapi, dalam kita berseronok meluangkan masa beriadah di sungai atau air terjun, pastikan kita sentiasa menjaga kesihatan diri bukan hanya daripada virus Covid-19, tetapi juga daripada penyakit yang sering dikaitkan dengan aktiviti di sungai, iaitu leptospirosis

Leptospirosis atau lebih dikenali dengan nama kencing tikus merupakan antara penyakit berjangkit yang sering berlaku di Malaysia.

Kes Leptospirosis pertama direkodkan di Malaysia dilaporkan sekitar tahun 1925.

Leptospirosis merupakan penyakit zoonotik atau penyakit bawaan haiwan yang berlaku akibat jangkitan bakteria spirochete, iaitu spesies leptospira interrogans.

Selain tikus, haiwan-haiwan dalam spesis rodensia lain seperti tupai, tikus belanda, arnab, guinea pig dan lain lain turut menjadi punca penyakit ini.

Bukan itu saja, haiwan lain seperti anjing, kucing, lembu dan babi juga boleh menjadi pembawa bakteria ini.

Pesakit yang dijangkiti leptospirosis akan menunjukkan gejala-gejala seperti berikut:

Demam panas
Menggigil

Sakit kepala

Sakit otot

Mata merah

Cirit-birit

Keletihan

Sakit tekak

Sakit perut

Muntah-muntah

Demam kuning

Ruam

pexels-shashank-kumawat-95399
Leptospirosis boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ.

Semua di atas merupakan gejala-gejala yang berlaku ketika fasa satu jangkitan. Sekiranya tidak dirawat dengan cepat, pesakit akan mula menunjukkan gejala-gejala fasa dua seperti berikut;

Kegagalan fungsi hati dan ginjal

Meningtis atau jangkitan kuman pada otak

Sindrom Weil seperti jaundis (penyakit kuning), kegagalan fungsi ginjal, pendarahan, radang otot jantung (myocarditis) berserta degupan jantung yang abnormal (arrythmia)

Disseminated Intravascular Coagulopathy (DIC) atau kondisi yang menyebabkan darah membeku di dalam saluran darah.

Kegagalan pelbagai fungsi organ

Pendarahan paru-paru yang teruk sehingga mengakibatkan kegagalan sistem pernafasan

Sepsis

svetozar-cenisev-KKPV5hGmQkA-unsplash
Virus kencing tikus boleh masuk ke dalam badan melalui luka yang terdedah.

Bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada mengubati. Jika anda berhasrat untuk beriadah di kawasan sungai atau air terjun, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:

Elakkan daripada melakukan aktiviti riadah di kawasan yang tercemar dengan sampah-sarap yang boleh menjadi sarang tikus.

Tutup luka dengan pembalut atau plaster yang kalis air bagi mengelakkan kuman memasuki tubuh melalui luka tersebut.

Elakkan daripada minum air sungai.

Mandi di kawasan yang airnya mengalir.

Mandi dengan air bersih dan sabun selepas melakukan aktiviti sungai.

Dapatkan rawatan dengan segera jika mengalami gejala ringan.

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini