Amalan Yang Merugikan

Dalam pada kita berasa selesa dan seronok dengan ibadah kita yang semakin kerap, kita kadangkala terlepas pandang dengan urusan di sekitar kita.

Iaitu hubungan baik dengan manusia di sekeliling. Jika kita sudah hablumminallah, bagaimana pula dengan hablumminannas?

Kita terlupa yang dalam Islam bukan saja hubungan dengan Allah perlu dijaga, namun hubungan dengan manusia perlu dipelihara juga.

Pastinya kita tidak mahu amalan yang kita lakukan hanya sekadar sia-sia.

Antara sikap yang rugi kita miliki walaupun kita banyak beribadah:

T4kbur adalah sikap mudah memandang h1na orang lain dan merasa diri lebih mulia dan baik.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga, siapa yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah rasa t4kbur!” Seorang sahabat bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang elok-elok?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu Maha Cantik dan suka akan kecantikan. T4kbur adalah menolak kebenaran (kerana eg0) dan mengh1na orang lain.“ (Hadis riwayat Muslim)

H4sad adalah perasaan tidak selesa melihat orang lain beroleh nikmat.

Sebaliknya dia mengharapkan agar nikmat itu lenyap daripada saudaranya. Moga sifat ini kita dapat jauhi.

Rasulullah SAW bersabda: “Berwaspadalah kamu tentang h4sad! Sesungguhnya h4asad memakan semua kebaikan sebagaimana api memakan kayu.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Jangan memandang h1na orang lain. Sedangkan Allah sendiri mengampunkan hamba-Nya.

Siapalah kita, hamba yang begitu banyak kelemahan ini untuk mengh1na orang lain.

Rasulullah SAW bersabda: “Cukuplah seseorang dikira melakukan kekej1an dengan mengh1na saudara Muslimnya!” (Hadis riwayat Muslim)

Adalah sangat penting untuk kita menjaga hubungan baik di antara satu sama lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Semua d0sa hamba yang tidak menyeku tukan Allah dengan sesuatu akan diampuni, kecuali bagi orang yang antara dia dan saudaranya terdapat kebenc1an dan perpecahan (bers3ngketa).” Lalu dikatakan kepadanya: ‘Tangguhkanlah dua orang ini hingga mereka berdamai! Tangguhkanlah dua orang ini hingga mereka berdamai!’ (Hadis riwayat Muslim)

Malahan pernah juga diceritakan pada zaman Rasulullah SAW dahulu, ada pemuda yang masuk syurga walaupun ibadahnya biasa sahaja.

Antara amalan yang dilakukannya adalah tidak menyakiti hati orang lain (dengan selalu berbaik sangka), memaafkan kesilapan orang dan juga menjaga silaturrahim.

Benar, kita hari ini sebagai umat akhir zaman, perlu sentiasa memperbanyakkan ilmu dan amalan, namun jangan pernah sesekali mengabaikan hak orang di sekeliling kita.

Jagalah baik-baik pancaindera kita seperti mulut dan tangan terutamanya daripada melukakan hati orang lain.

Elakkanlah menjadi rugi dan mufl1s di akh1rat kelak dengan pahala kita akan diberikan kepada orang yang kita zalimi atau aniaya.

Lindungilah diri kita dan ahli keluarga kita serta semua orang Islam daripada az4b ap1 ner4ka.

Moga kita dipermudahkan semuanya.

Sumber : Iluvislam / satkoba

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini