Amalan Jika Terjaga Malam Yang Disukai Allah!

Apabila terjaga dari tidur pada waktu malam, ada suatu ucapan yang tidak wajar dilepaskan begitu sahaja dari kita mengucapkannya. Kerana dengan mengucapkannya kita bakal memperolehi keuntungan yang besar iaitu:

Diampuni ALLAH akan d0sa kita.

Diperkenankan ALLAH akan doa kita.

Ucapan tersebut ialah:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ‏‏

الْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ‏‏

Kemudian mintalah ampun kepada ALLAH dengan mengucapkan:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Serta pohonlah apa-apa doa yang dihajati kepada ALLAH.

Dan jika seseorang itu melanjutkannya dengan berwudhu lalu mengerjakan solat sunat, maka solatnya itu pasti diterima oleh ALLAH.

Ini sebagaimana yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dalam sebuah hadith yang telah direkodkan di dalam Sahih al-Bukhari. Telah d1riwayatkan oleh Sahabat Nabi bernama `Ubadah bin Somit (عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ) radhiAllahu `anhu bahawa Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

مَنْ تَعَارَّ مِنَ اللَّيْلِ فَقَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ‏.‏ الْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ‏.‏ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي‏.‏ أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ، فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلاَتُهُ

“Barangsiapa yang terjaga pada waktu malam lalu dia menyebut:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ‏.‏

laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalahu, lahu l-mulku walahu l-hamdu wa hua `ala kulli shai’in qadiir

Tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH. DIA lah Tuhan Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagiNYA. MilikNYA lah segala kerajaan. MilikNYA segala pujian. Dan DIA berkuasa ke atas segala sesuatu.

الْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ،

alhamdulillaahi wa subhanallaah wa laa ilaaha illallaahu wa allahu akbar

Segala pujian milik ALLAH, dan Maha Suci ALLAH, dan Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan ALLAH, dan ALLAH Maha Besar.

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ‏

wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah

Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan kehendak ALLAH.

Kemudian mengucapkan:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Allaahummaghfirlii

Ya ALLAH, ampunkanlah aku.

Atau berdoa, maka diperkenankan (keampunan dan doanya).

Lalu jika dia berwudhu’ dan mengerjakan solat, maka solatnya diterima.

Sumber : Nasihatustazz / rencahrasa

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini