Al Fatihah. Isteri PadaPemain Gltar KidSearch Telah Kmbali Ke Rhmatullah

Isteri kepada pemain gitar kumpulan Search, Kid, iaitu Noraznin Yusof telah mening.gal dunia a.kibat s.akit k.anser pagi tadi.

Berita tersebut disahkan oleh adik ipar arwah, Deena Mohammed Taib menerusi kemas kini status di akaun Facebook miliknya.

“Assalammualaikum semua, makluman buat semua. Kakak ipar saya, Noraznin Yusof telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi ini.

“Mohon doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Terima kasih di atas doa dan kasih sayang tuan puan semua buat kakak ipar saya. Semoga roh kakak ipar saya tenang dan berbahagia di alam baharu,” tulisnya.

Sementara itu, Kid berkata, isterinya menghembuskan nafas yang terakhir H.ospital Universiti Kebangsaan Malaysia HUKM Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Noraznin mula menjalani r.awatan di H.ospital Canselor Tuanku Muhriz UKM HCTM, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur a.kibat k.anser d.arah myeloma tahap empat pada Disember 2020.

Sekitar Julai lalu, Noraznin, 55, dilaporkan koma selama 10 hari.

“Saya memang segan apabila bercakap mengenai bantuan. Ini kerana ia membabitkan banyak pihak termasuk ahli keluarga,” kata pemain gitar kumpulan Search, Kid, 54, mengenai kos r.awatan isterinya, Noraznin Yusof, 55, yang menghidap k.anser d.arah tahap empat sebelum ini.

Kid atau nama sebenarnya Hamzah Mohd Taib ketika dihubungi berkata, dia seperti tidak berani untuk meminta-minta dan sebab itulah dia berusaha mendapatkan pembiayaan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso kerana isterinya pernah bekerja dulu.

Kid berkata, isterinya disahkan menghidap p.enyakit itu sejak awal Disember tahun lalu. Sejak itu dia ditahan di H.ospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.

Aznin turut mengalami j.angkitan pada paru-paru dan terpaksa dik.omakan di Unit Rawatan Rapi HCTM sejak awal bulan ini.

Kid berkata, melihat keadaan isterinya ketika ini, rasa sayang semakin bertambah dan dia sanggup berusaha apa saja bagi memastikan isterinya mendapat r.awatan yang terbaik.

Namun, dalam masa sama dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Dalam pada itu, Kid terharu apabila beberapa individu yang rapat seperti rakan artis dan peminat memberikan sumbangan ikhlas untuk membantu.

“Saya pun tak sangka ada rakan-rakan yang bersimpati dan menularkan cerita ini di media sosial sebagai jalan untuk meminta bantuan.

“Saya sangat berterima kasih kepada mereka. Bagi saya, kalau peminat mendoakan pun saya sudah bersyukur.

Bersama Norazrin, Kid atau nama sebenarnya, Hamzah Mohd Taib memiliki dua cahaya mata iaitu Deanda dan Aaqil Naquidean.

Al Fatihah

Kredit : Astro/HM / onlinemalaya

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini