Aku nk salam dgn bapa mertua dia ckp nti batal wuduk dia, cucu pn dia xnk dukung dia ckp nti jtuh anak org

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Sya, seorang suri rumah separuh masa, sedang struggle menghabiskan sisa pengajian yang tertangguh. Aku datang sini terpanggil untuk menceritakan tentang kehidupan aku yang nampak tenang (atau aku yang masih cuba bertenang) tapi di sebalik ketenangan bermacam yang dipendam. Untuk pengetahuan semua, aku dan suami sudah 3 tahun berkahwin.

Tak tinggal sebumbung dengan mertua sebab dari awal lagi aku dah pesan siap-siap kat suami susah senang kena tinggal sendiri walaupun menyewa.

Ya, pilihan aku tepat walaupun di awal perkahwinan mertua siap ajak tinggal sekali. Macam tajuk kat atas, menantu tetap orang luar.

Aku masa mula mula kawin, mak aku pesan layan mertua sama macam layan keluarga sendiri.

Kena hormat, borak macam borak dengan mama, selalu balik jenguk, tiap kali balik rumah mertua mesti bawa buah tangan jangan balik tangan kosong sebab semua ni adab kita bertandang ke rumah orang.

Masalah yang aku nak cerita sekarang, walau dah tiga tahun kawin mertua aku tetap layan aku macam orang luar. Maksudnya bukan macam anak menantu.

Ye la aku tak la harap dia nak layan aku macam anak sendiri, memang takkan dapat la sebab sampai bila pun bukan dia yang lahirkan aku.

Aku ingat lagi, FIL aku tak nak salam dengan aku sebab masa tu kami sampai rumah dia waktu asar dan dia ada air sembahyang masa tu nak tunggu solat asar. Katanya nanti batal wuduk.

Aikk, heran jap aku. Batal ke wuduk bersentuhan dengan menantu? Jap tetiba aku cerita kat sini aku pulak confuse, japgi kena kecam sampai tak tau apa haha batal ke tak weii??

Aku ingat lagi di awal perkahwinan, masa tu aku tertinggal telekung sebab aku dengan suami singgah kejap je rumah mertua masa tu. Aku minta nak pinjam telekung nak solat. Ok dia bagi.

Tetiba bila kami on the way balik rumah adik ipar aku wasap suami aku kata mak bising aku mai rumah dia tak reti nak bawa barang sendiri.

Allahu terkejut aku, tapi aku positif maybe tiap orang tak sama. Maybe dia jenis tak boleh nak share kain pakaian.

Sejak hari tu aku tak pernah lupa bawa telekung sendiri. Tak habis kat situ, ada sekali kami suami isteri ajak mertua datang tidur rumah.

Saja lah kan awal kawin baru masuk rumah sewa baru, mertua pula tak kerja boleh la ajak bermalam sekali sekala.

Korang tau tak apa yang dorang bawa? Dah macam nak masuk asrama dah nengoknya.

Bantal selimut shower krim ubat gigi semua dia bawak. Aku dah macam, boleh je guna ubat gigi rumah ni nak duduk semalaman je.

Dan sejak dari tu aku dah paham, kita orang luar jangan sesekali guna barang orang lain. Dah dia buat mcam tu maknanya aku ke rumah dia pun mesti begitu sobss.

Aku tak tau la orang lain macamana, mungkin bagi korang biasa je benda ni. Oh ya, benda ni bukan tertakluk pada aku je.

Sebab aku tengok anak dia sendiri yang kerja jauh, balik berkumpul mesti bawak balik toiletries sendiri.

Yang bujang pun. Kalau kata pencuci muka aku paham la maybe pakai yang tak sama tak kan nak share.

Tapi aku pernah dengar mertua aku pesan kat anak dia yang bongsu kata yang ni shower krim kakak, jangan guna, guna yang satu lagi. Hmm kalau balik beraya penuh botol shower dalam bilik air.

Nak dijadikan cerita, kami suami isteri lambat dikurniakan zuriat. Dua tahun kawin masih tak de apa. Awal dulu sebulan kawin dia dah bising tanya tak mengandung lagi ke?

Tapi dia tak tanya lebih sebab anak dia pun tak mengandung juga. Tapi dia suka sebut dia hairan sebab dia dulu awal kawin sat je lekat. Dia lagi hairan sebab anak dia pun lambat sebab ikut dia mesti cepat.

Aduhh aku dah macam… mana sama walau anak dengan mak rezeki Allah nak bagi bukan ikut keturunan hmmm.

Dan dua tahun kawin aku dapat tau aku pregnant. Memang laju la aku bagitau mertua aku.

Dia gembira tapi dia suruh diam dulu sebab takut anak dia yang kawin sekali dengan aku kecik hati sebab dia tak mengandung lagi.

Nak di jadikan cerita rupanya anak dia pun mengandung juga lepas tu. Seronoknya aku sebab aku tau semua orang gembira masa tu.

Tapi tak lama. Aku keguguran. Dan mertua aku salahkan aku sebab dia kata keturunan dia takde yang jenis tak lekat.

Dia siap cakap kat aku, kamu jarang solat dhuha sebab tu tak murah rezeki. Anak dia selalu solat sebab tu lekat awal.

Aku macam eh, bukan aku ke pregnant dulu tp aku gugur. Dan mana dia tau segala amal ibadat aku dia nak kata aku cetu. Masa tu baru gugur sedihnya ya Allah dia kata cetu.

Mertua aku selalu pesan kat anak dia, kalau ikut pada dia semua beranak normal. Takde yang ceaser. Jadi jangan risau keturunan dia beranak normal.

Bagi dia beranak yang sepatutnya mesti normal. Sebab dia pernah kecam menantu perempuan dia sebab beranak kut tingkap. Dia kata tu ngikut belah family menantu dia bukan ikut dia.

Namun, semua kerja Allah, anak perempuan dia masa tu dah masuk labor room nak beranak normal tapi tak mampu terpaksa emergency ceaser.

Hari tu kami pakat p nak tengok baby kat hspital, tapi mertua aku nampak kurang gembira bila orang tanya normal ke belah.

Dia siap kata dia hairan kenapa anak dia bersalin cetu. Anak dia berpantang dengan dia.

Masa tu aku ada kat rumah mertua, anak dia tanya, boleh tak kakak makan buah oren? Lepas tu mak dia boleh jawab, mak taktau, mak tak pernah beranak belah.

Pastu dia terus tinggal anak dia cetu je. Aku tengok muka anak dia sedih sangat dahla dalam pantang.

Anak dia pulak noob semua dia pikir apa-apa mesti ikut mak dia sebab depa drah sama aduii.

Aku kata la boleh je makan benda ni tak payah pantang janji makanan berkhasiat tp anak dia kata takboleh sebab mak pantang benda ni.

Dorang kan drah sama jadi kena ikut. Dia pun stress duk cerita kat aku kenapa dia tak beranak normal sedangkan mak dia semua beranak normal.

Aku diam je. Dan masa aku tengok anak kakak ipar aku masa tu, hati aku sayu je. Tetiba sayang tu jadi lebih sebab aku teringat kalau aku tak gugur anak aku pun mesti baru lahir.

Tetiba mertua aku datang cakap hmm kalau tak dah ada dua dah ni. Kamu la gugur pulak.

Masa tu jugak terus berderai air mata aku sobss nasib suami bekap. Cakap takde rezeki jangan pertikai takdir Allah. Terus mertua aku diam.

Last week mertua aku datang rumah. Dia bawa makanan siap. Oh ya, aku dah dikurniakan anak yang sangat comel alhmdulillah.

Walau masa awal lahir dalam pantang anak aku gelap sikit dan mertua aku siap bagitau suami lagi ni bukan ikut keturunan kita.

Kamu masa kecik jauh lagi comel. Aku dengar masa tu aku kat dalam bilik tapi aku buat tak dengar je.

Dalam pantang kot aku kena jaga emosi aku dahla pantang sendiri anak aku lahir betul2 tarikh pkp elok mertua aku balik terus sekatan antara negeri.

Tapi bagus gak laki aku sangat support aku. Emosi aku tak terganggu. Hmm sekarang dah putih dandan ikut belah dia balik.

Tak kisah lah anak aku dan suami ikut belah sapa pun takpa jangan ikut belah jiran sebelah rumah dah le.. tiberr.

Sambung bab minggu lepas. Dia bawa makanan siap sebab kata sian aku anak kecik nak masak bagai.

Dan macam biasa, semua dia bawak sudu garpu periuk nasi. Pis4u pun dia bawa dari rumah dia. Hmm maknanya kat sini, begitulah cara dia.

Aku nak balik rumah dia pun aku kena buat macamtu jugak. Tapi takde la aku nak bawa pis4u bagai.

Lantak la aku guna je apa yang ada kat dapur tu. Nasib suami aku tak ikut cara dia. Japgi family aku nak datang rumah aku pun laki aku suruh bawa sendiri semua..janganlaaaa.

Apa yang aku cerita ni bagi korang mungkin biasa saja. Tapi aku minta korang doa la biar mertua aku anggap sama ja anak menantu ni. Aku nak hidup harmoni je tak nak sikit2 keturunan sana keturunan sini.

Ayah mertua aku sampai sekarang tak dukung cucu dia. Bukan anak aku je. Cucu yang lain pun.

Sebab dia kata tu anak orang. Dia takut jatuh ke apa ke nanti dia yang salah. Cucu dia memang tak merasa pluk c1um dia.

Bukan tak sayang tapi dia anggap tu bukan anak dia jadi dia tak boleh pandai2.

Mau kalau mak ayah aku dengan cucu aku pun tak dan nak dukung balik kampung hil4ng mana hala pagi2 tak dan mandi dah bawak p kedai kopi.

Aku sendiri pernah merasa bagai seorang puteri zaman kecik atuk aku peraja sungguh apa nak semua dapat. Mak ayah aku pkul aku, atuk aku pkul dorang balik hihi. Alfatihah untuk arw4h atuk. Rindu. Oklah tu je nak cerita.

Bye Assalamualaikum. Jangan kecam, aku follow je step mertua aku yela setiap orang tak sama kan. Family dia cerita itu, family kita cerita ini.

Ini antara respon paling win dari netizen.

Lela. Macam2 kan klu nk kire perangai manusia ni… Tapi awak jgn lah kecik ati.. Sbb klu Dari penceritaan awak.. Mak. Mertua Awak bukan pilih kasih.. Sbb dgn anak sendiri pon dia boleh ckp mcm tu…

Mmg dah perangai Dia lah agaknya… X payah awak serabut kan fikiran awak dgn perangai Dia atau FIL awak…awak cari bahagia dgn suami Dan anak awak Je… Depa tu.. Awak biar je lah.. Hormat Dan layan mereka spt biasa.. Okay…. Good luck

Norliyana. Pasal toiletries tu, saya balik rumah mak ayah saya pun saya bawak sendiri punya awak. Lepastu saya selalu sengaja tinggalkan pencuci muka ke apa bagi depa pakai.

Kalau pergi mana2 pun, memang bawak sendiri punya je. X kisah la inlaws ke kami ke.sebab kadang x sama jenis/jenama. So benda ni simple je. Jangan fikir complicated sangat.

Bab mulut laser tu, cuba awak jadi mulut laser sama. Kalau masing2 bercakap, ko terasa aku pun terasa, sama2 terasa. Adil la gitu.

Takde la, jgn la buat. MIL pun laser dgn anak sendiri kan.rasanya memang bahasa dia gitu.jenis cakap kasar. Jumpa sesekali hadap je awak. Berdiam diri tu kadang benda yg betul.

Stay positive je ek. Jangan overthinking. Kalau rasa serabut, abaikan semua tu, pi la kedai beli aiskrim, tenangkan diri. Then baru bergaul balik. X perlu stress.

Zura. Pada saya pasal toiletries, bantal,selimut tu normal.. Sebab dah selesa pakai yang sendiri kan, mungkin juga tak nak susahkan tuan rumah..

Bab angkut segala pinggan mangkuk periuk tu, mungkin Mil puan dah biasa guna pekakas dapur sendiri.. Biar je la dah tu cara dia kan..

Cuma terpaksa tahan la dengan mulut laser mil tu.. Tapi dia pun dengan anak sendiri pun laser kan, terpaksa hadap la perangai macam tu..

Sesekali jumpa kena tahan la hadap.. Syukurlah puan tak tinggal serumah dengan mertua kan.. Kira mertua puan ni baik juga la..

Ada baca kisah yang lagi teruk dari ni… Sabar lah ye.. Yang pasal tak dukung cucu tu, semua cucu kan, kira ok la.. Bukan jenis pilih kasih kan..

Dapat yang pilih kasih, lagi ber air mata dan skit hati..Semoga dipermudahkan urusan

Syiddah.Bab dia ungkit² keturunan ja kot yang tak baguih. Yang lain tu biasa laa bagi saya.

Barang guna asing² saya adik beradik pun mcm tu. Mak saya praktik mcm tu sebab masa kecik dlu,

bila sorang dah guna sikat rambut contohnya, pastu lepas guna tak reti letak balik, ntah mana² dia letak, lepas tu orang lain nak guna jenuh nak cari.

Dari situ mak saya buat mcm asrama la, almari dan katil pun dpt sorang satu. Sikat, bedak semua sorang satu, sapa tak reti jaga barang dia elok² nnti kalau hil4ng pandai² la.

Cuma bab telekung tu over jugak mak mertua TT noh. Selalu orang memang standby telekung utk tetamu guna dan biasa tak kisah sgt bab pinjam telekung.

Hani adat dah tu sis,, menantu org luar anak org tetap anak org smpai mati,,, anak sendiri semua puji elok cantik ja,, x pelik dh mertua ko ni sis, gn anak sdiri pun mcm hantu,,, mertua pernh ja ckp anak aku hitam,,

anak aku putih seleput ja,, pdhal cucu dri anak ppuan dia yg hitam kelat,, x mau jgk nampak kalah part x suke share brg tu ok lah sis,, lg bagus mertua x kacau brg sis,,

laser jgk mak mertua ko ni yer,, kena kt muka anak ppuan sendirk baru diam kan,, pelik betol mcm tuhan lak blh tentukan beranak normal or cezer,,, part pak mertua x pegang cucu dia,, aku lg suka cmtu,,

x pegang pun xpe aihh besar elok jgk anak aku,,oklah cmtu x lah stiap kali balik kg diorg asyik ambik je anak ko,,, nanti anak lesap kemana ko jgk meroyan ckp fmly in law slalu ambik anak bwk ntah kemana2,,,

aku kurang suka org bwk anak kemana2 xkira la fmly adik bradik, in law ke,, lg anak kecik jd ape2 susah,, biar anak depan mata aku,, aku x pcaya mana org bwk jaga anak aku sb tgok anak ni x seteliti kita ni ibu,,,

Bonda. Anggap je la awak berkahwin dengan suami yang keluarganya berasal dari Planet Marikh Tenang² je

Kalau sama peel sama pattern boring juga Selalu makan nasi lauk ayam sesekali tukar lauk belut walaupun pelik tapi tetap ada protein… begitulah metaforanya

Farhan.Saya kalau toiletries memang saya bawak kalau balik ke kampung. Tak kisah lah kampung mak sendiri ke rumah mak mertua ke.

Bayangkan, kalau kita anak beranak pun dah ada 5orang, tak ke habis sabun mandi rumah orang tu. Sehari dua kali mandi. Kalau lebih?

Kena pulak ada anak anak jenis mandi nak main sabun ni. Dah menyusahkan tuan rumah nak kena beli lain sebab kita anak beranak tolong habiskan.

Mak saya memang pesan, kalau nak ke rumah orang beli la apa apa makanan. Jangan bawak diri aje lepastu pegi rumah orang buat lapar.

Kalau rasa balik tido lama sikit, hulur hulur la sikit habuan beli barang rumah. Common sense je semua ni. Ni cara saya dan suami la. Lain orang, lain cara. Masing masing tak sempurna.

Aisyah.Simple je tu sis. Buat xtau.Mmg jodoh kita ni ada bertentangan sikit la adab budaya apa semua. Kalau sy, sy oun lebih selesa bawak sendiri semua. Sy suka sbb bukan snng nk serasi dgn brg lain.

Sy suka bawak bantal sendiri, selimut, tuala. Sy jela. Suami lantak pi la nk bawak apa. Balik rumah mak sy pun, sy bawak gak.

Mcm. Mak sy pun jenis bawka pis4u. Katanya standby kot ada nk mkn buah tepi jln.. Hehe. Sudu bawak snng mkn nasi berkuah. Tapi mkn nya tidak. Standby je lebih.

Toto pun dia suka bawak. Standby katanya Jenis xnk mensyusahkan tuan rumah.

Pasal kain solat tu biasa lah. Kalau mak kita sdri ckp mcm tu, kita takkan terasa. Betul x?

Takkan mak sis xpernah marah sis langsung? Kalau mak marah kita kurg ambil hati, kalau mertua marah, kita simpan dlm hati. Tak elok gitu sis. Buat xtau je. Jnji suami ok. Anak ok.

Ita. Sis dlm peringkat permulaan dlm perkahwinann sbnr nya,sbb tu sis rasa kekok x biasa lg dgn family suami…sis bljr terima cara didikkn family suami dn family sis brbeza,kdg2 tu dlm mskkn jgk brbeza…

kelamaan nti sis anggap perbezaan mil dn fil sis tu jd biasa bg sis…. dn sis x kisah pun sbnrnya…mcm sy jgk diawal prkahwinan dulu mkn masa nk biasakn dgn family suami…

sy di didik jd pembersih,bngun awal waktu dn mandi awal pg…bila sy berada di rumah mil keadaan adikbradik suami berlainan…

mskkn diaorg pun sy x ble mkn sbb manis semuanye wlupun dlm mskkn yg brasaskn pedas.sy rasa mcm mkn pengat masatu manisnya asam pds…hahaha….

prnh sy x mkn bila brada di rumah family suami…bila lapar sy msk maggi ketika tu…bila family suami dtg rumah sy,diaorg plk x ble terima mskkn sy…pedas katanya…

tp sampai bila nk mcm tu kan…sbb family suami da jd family sy jgk…so nk mintak diaorg yg berubah bkn kuasa sy….

Jd jln trbaik sy yg bljr terima kelainan diaorg …alhamdulillah skrng sy da biasa dn ble terima perbezaan tu….

Nor.Kalau ikut cerita ni, memang perangai mertua awak mcm tu. Jenis mkn hati even dgn anak sendiri pun. Yg penting bukn dgn awak sorg je dia mcm tu. Jd jgn makan hati sgt.

Awak bukn menantu yg disisihkn mcm cerita org lain. Sbb mertua tu masih sudi lg bawa masakan utk awak sbb kasian anak kecik lg. Memang perangai dia lain sikit drp yg lain.

Pasal mertua boleh batal air sembahyang tu. Dlm family sy sendiri pun ada. Biasa la.. x semua org betul2 mendalam ilmu agamanya. Sabar je la dgn org mcm tu

Azman. Mmg ada peel famili gini..kdg2 sesama ahli keluarga x bleh share..apatah lg dgn menantu..masa mula2 kawin dulu..nak minum je pun..

guna la mana2 mug yg ada..rupa2 nya memasing ada mug..kita x bleh guna mug mereka..camtu plak..

pastu x brani dah nak guna apa2 brg di rumah mentua..bg kita mayb tu perkara kecil..mug je pun..tp tidak bg mereka…

SUMBER: ekotanews

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini