Aku nak jadikan kwn baik seb̷agai m̷adu, biar dia rasa apa aku rasa dpt suami ada HlV

Sebelum kahwin, suami dah bagitahu semua latar belakang dia. Dia bagitahu penjara mana dia masuk, macam mana dia dapat HlV. 3 kali aku istikarah dapat petunjuk dia jadi suami aku dan keluarga aku langsung tak tahu sejarah hitam suami. Aku terfikir untuk jadikan kawan – kawan aku yang belum kahwin ni, madu..

#Foto sekadar hiasan. Aku tak tahu apa persepsi orang bila baca tajuk coretan ni, Suamiku HlV Positif. Dan tak tahu pula jika disiarkan atau tidak. Ini pertama kali aku menulis di sini. Ya, suami aku seorang HlV positif.

Panjang kisah kalau ingin aku ceritakan, tapi cuba aku tulis semudah mungkin supaya tidak meleret. Suami aku telah mendapat rawatan HAART sebelum kami berkahwin, cd4 (bacaan sel antibodi lebih kurang) adalah 900+ sewaktu kami berkahwin dan virus dalam badannya telahpun mencapai undetect.

Senang kata, selamat untuk berkahwin, kerana telah tiada risik0 untuk mengjangkiti orang lain. Dia bekas banduan, bekas pen4gih d4dah. Bekas alc0holic juga. Beberapa tahun sebelum kami bertemu, dia dah cuci tangan.

Malah pernah bertugas sebagai staff di sebuah pusat after care untuk pen4gih d4dah. Kalian rasa dia bagaimana? Kenapa aku terima dia? Aku datang dari keluarga pertengahan, mak ayah aku merupakan penjawat awam, adik beradik semua masuk universiti, kecuali adik bongsu aku yang masuk kolej je.

Aku pun seorang penjawat awam. Tiada siapa tahu latar belakang suami aku. Kecuali aku. Sebelum kami berkahwin, suami aku cerita semua tentang dirinya pada aku. Penjara mana dia pernah masuk, macam mana dia dapat HlV dan hampir semua yang dia pernah buat.

Aku terima dia setelah 3 kali istikarah. Dan aku juga belajar tentang HlV. Selagi dia mendapatkan rawatan, HlV bukanlah satu masalah. Dan aku juga berbaik dengan rakan – rakan dia yang telah pulih dari d4dah. Suami aku memang baik.

Kelakar kan, macam mana aku boleh kata bekas banduan memang baik. Ya, dia memang baik. Di rumah, suami aku yang masak, kemas rumah, basuh baju, lipat baju, basuh pinggan, jemur baju, semua lah kerja – kerja beliau buat.

Tentang ubat, yelah ubat HAART tu, suami aku memang cukup jaga dan makan ikut masa yang ditetapkan, kira memang dia disiplin bab ubat ni. Cuma, yelah suami aku kadangkala rendah diri juga dengan keluarga aku. Tapi keluarga aku sebenarnya happy lihat aku dan suami bahagia, cuma mereka tak tahu sejarah suami aku.

Suami aku kadangkala segan nak cerita dia kerja di mana, takut adik beradik aku dapat hidu dia juga adalah bekas pen4gih d4dah. Lepas tu kalau pergi appointment kat kIinik untuk rawatan HAART pun dia takut kalau jumpa ahli keluarga aku.

Pernah gak terserempak dengan kakak aku, gelabah dia, puas dia pusing cerita kenapa ke kIinik. Ya, dia tak nak aku mendapat sebarang cemuhan dari masyar4kat. Katanya kalau dia sahaja yang kena, tak apa, tapi bukan aku.

Sedih aku bila dia kata begitu. Aku bangga yang dia adalah seorang dapat berubah walaupun beliau dah berjinak dengan d4dah sejak kecil dulu. Malah r0kok pun dia dah berhenti lama. Ar4k pun, semua jenis ar4k dia tahu, kalau tengok movie tu, selalu aku tanya dia jenis ar4k yang pelakon dia minum.

Dia gelak je, boleh cerita rasa jenis ar4k tu. Tapi benda – benda tu dah lama dia tinggal. Aku sangat bertuah berkahwin dengan dia. Suamiku HlV positif tapi aku bahagia. Dahla tangan aku dah kebas menaip. Satu lagi, suami aku peminat kisah KRT, hehe. Nanti aku tulis kisah kami di sana pula, kalau tiada aral. – Sis Hanan (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ukhti Nur Hana : Sapa kata ada HlV takleh kahwin. Kawan sekolah aku pun kahwin dengan penghidap JlV. Laki dia pun da insaf. Aku tengok rumahtangga depa lagi happy kot dari orang lain. Sebab pe? Sebab diorang tau bukan semua orang mampu terima seadanya.. anak?

Depa ambek anak angkat je.. dia susukan budak tu dah jadi mahram. Sekolah da pun. To S moga ko terus bahagia ye yunk.. aku tau kalau aku komen dia mesti nampak.

Tetapi pada Allah dialah yang terbaik buat Puan kerana Allah juga kan yang membolak balikkan hati manusia untuk berubah dan Allah tu Maha Pengampun. Semoga Puan dan suami terus bahagia di dunia dan akhir4t.

Akif AkIm : Tahniah puan hanan kerana menerima suami seadanya. Sebagai manusia, kita tidak berhak menghakimi seseorang berdasarkan kisah silamnya dan apa yang paling penting, berilah peluang kedua kerana semua manusia berhak diberi peluang kedua untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik.

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

sumber: mehbaca