Ada Tak Lagi Yang Suka Makan Ubi Kayu? Rupanya Ubi Kayu Mempunyai Khasiat Yang Mengejutkan Ramai Orang

Ada Tak Lagi Yang Suka Makan Ubi Kayu? Rupanya Ubi Kayu Mempunyai Khasiat Yang Mengejutkan Ramai Orang

Siapa yang tak kenal dengan ubi kayu. Ia adalah sejenis makanan yang dahulunya merupakan makanan utama masyar4kat kampung. Namun sekarang mungkin sudah tidak ramai yang gemar ataupun tidak selalu makan ubi kayu. Namun tahukan anda bahawa pucuk ubi kayu mempunyai khasiat yang sungguh luar biasa?

KHASIAT PUCUK UBI KAYU

Pucuk ubi boleh dikatakan tergolong dalam kateg0ri ulaman dan sayur-sayuran. Pucuk ini mengandungi manfaat dan khasiat yang tinggi bagi orang yang menggemarinya. Selain berkhasiat, ianya sangat mudah didapati dan jika dibeli harganya tidaklah mahal jika hendak dibandingkan dengan sayuran hijau segar yang lain.

Pucuk ubi kayu merupakan sayuran atau ulaman organik 100%. Pokoknya mudah ditanam tanpa memerlukan penjagaan rapi dan ianya tidak perlu dibaja. pokok ini boleh ditanam dihampir semua jenis tanah. Selain ubinya boleh dimakan, pucuknya sangat bernilai walau harganya sangat murah.

Pucuk ubi kayu mengandungi asid amino, protein, pelbagai mineral dan vitamin yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia. Protein yang terkandung dalam daun ini berfungsi untuk membina sel-sel badan dan merupakan komponen sistem enzim. Di samping itu juga, kandungan asid amino dalam dedaun hijau berfungsi sebagai pemecah karbohidrat kepada tenaga.

Asid amino yang terkandung dalam daun ubi kayu juga berguna untuk memulihkan luka serta merawat kulit yang bermasalah. Ia juga berfungsi untuk menggantikan sel-sel yang rosak, menguatkan tulang dan membantu daya ingatan yang baik. Selain itu ia juga membantu dalam memulihkan sistem metabolisme tubuh. Klorofil dalam daun berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser.

MENURUNKAN BERAT BADAN

Pucuk ubi kayu sangat rendah kalori. Ianya sangat sesuai diamalkan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Pucuk ini juga mampu mengatasi masalah sembelit dan sistem penghadaman.

MERAWAT peny4kit

Selain meningkatka stamina, pucuk ubi kayu juga berfungsi untuk merawat peny4kit-peny4kit seperti berikut:

s4kit sendi.
s4kit kepala.
Ulser.
C1rit-b1rit.
cacing.
MENU MASAKAN

Selain dibuat ulam, pucuk ubi kayu boleh dimasak dalam berbagai menu. Antaranya adalah digoreng, rendang, masak lemak, masak lemak cili api,masak tempoyak, asam pedas, pindang, kerabu, pecal dan lain-lain lagi. Ia juga sedap jika direbus bersama ikan talapia.

NOTA: Orang yang tidak suka pahit atau kelat tidak sesuai untuk makan menu pucuk ini. bah4ya pucuk ubi kayu ialah jika tidak dimasak sempurna boleh menyebabkan alahan kepada perut dan angin.

Begitulah kebaikan pucuk ubi kayu yang mungkin tidak diketahui oleh ramai orang. Semoga apa yang dikongsikan memberikan manfaat kepada sidang pembaca sekalian.

Sumber: islamituindah / rencahrasa

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini