Abang Viva dikhabarman dah tiba di lokasi banjir Terengganu dan dah siap siap nak redah bantu mngsa banjir

Selepas diseru-seru untuk hadir membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur, akhirnya, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar telah sampai ke Terengganu untuk menghulurkan bantuan.

Dah bergerak untuk beri bantuan
Menerusi muat naik pemuda tersebut di Facebook, dia telah bergerak pada malam tadi bersama 2 buah kereta lain beserta bot bagi menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

Tanya mana lokasi paling terjejas

Abang Viva juga sempat membuat live di Facebook bagi bertanyakan lokasi kawasan banjir yang memerlukan bantuan untuk memudahkan dia serta team terus bergerak ke sana.

Dah sampai Terengganu jam 4.50 pagi

Sekitar jam 4.50 pagi, Azwan serta beberapa temannya telahpun sampai ke daerah Hulu Terengganu dan masih mencari lokasi yang terjejas teruk memandangkan ada tempat air telah surut.

Semoga Allah lindungi semua yang memberi bantuan

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata warganet yang menonton live di laman sosial sukarelawan itu telah mendoakan agar urusan Abang Viva serta beberapa temannya dipermudah.

Mereka juga mengucapkan terima kasih diatas usaha murni yang dilakukan oleh pemuda tersebut sejak kejadian banjir di Shah Alam lagi.

Untuk makluman, sejak minggu lalu lagi beberapa negeri di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu telah mengalami banjir teruk sehinga beberapa kawasan sudah terputus hubungan.

Mereka juga sama sekali tidak menjangkakan banjir besar ini berlaku memandangkan jarang terjadi hujan lebat ketika bulan Februari.

Susulan daripada itu, operasi membantu dan menyelamat sedang dipergiat bagi menghulurkan pertolongan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkandas di kediaman masing-masing.

Sumber: Facebook Abang Viva

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini