7 Mutiara Kata Allahy4rham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

7 Mutiara Kata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

1 . ” Jika kereta rosak , mekanik akan membaikinya . Jika tubuh badan bermasalah , doktor yang akan mengubatinya . Jika kehidupan manusia bermasalah , maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk . Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syarat Allah bila berdepan dengan masalah ”

2 . ” Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu . Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar . Bin4tang ternakan contohnya , boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya , tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada bin4tang yang lain . Berbeza dengan manusia , sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangkan dengan lebih meluas ”

3 . ” Kita tanam lada , 40 hari dapat hasil boleh jual . Tanam terung , dua tiga bulan dapat hasil . Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan . Jika projek yang besar seperti tanam getah , bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun . Semakin besar projek tersebut , semakin besar untungnya . Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar . Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas m4ti baru mendapat hasil ”

4 . ” Jika memandu kita perlukan lesen , menggunakan senj4ta api perlukan lesen , maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen . Lesen itu ialah Islam . Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen ”

5 . ” Bila kita beragama, dengan send1ri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati , ada Allah SWT sedang memantau . Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan d0sa , tanpa ada yakin seperti itu manusia akan hilang brek . Kalau kereta hilang brek , ia akan terjun ke gaung . Tapi kalau manusia hilang brek , dia akan terjun ke ner4ka ”

6 . ” Pemuda adalah batu-bata dalam perjuangan Islam . Kerana itu pemuda mesti lengkapkan d1ri dengan ilmu dan perbanyakkan amalan sunat . Saya impikan untuk menjadi makmum dimana pemuda imamnya . Pendengar kuliah yang disampaikan oleh pemuda , saya hanya mahu datang dan dengar ”

7 . ” Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna . Di akh1r4t kelak akan ditanya , setakat manakah kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya . Sebab itu , saudara-saudara kita yang kurang upaya sedikit untung kerana terlepas daripada soalan ini di akh1r4t nanti . Manakala yang sempurna tubuh badan pula perlulah pastikan duit yang dia ada pada hari ini sedikit sebanyak dia peruntukkan untuk beli pahala lain selain beli lauk-pauk , beras dan keperluan hidup ”

Semoga r0hnya Allahy4rham Tok guru sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman .

Al-Fatihah,

( Nik Aziz Nik Mat | 1931 – 2015 )

Sumber Artikel: www.islamituindah. / rencahrasa

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini