5 Cara Ini Bantu Mak Didik Anak Berjiwa H4mba, Bukan Jadi Raja

“Mak ada RM50 nak beli baju baru. Kawan Syah, baju dia semua baru. Syah baju yang sama saja”

“Bukan mak baru beri RM30 ke hari tu. Takkan cepat sangat habisnya.”

“Mana nak cukup mak. Harga makanan pun dah mahal.” Tengk1ng anak lelaki itu dengan wajah beng1s.

Walaupun mulut berleter, duit anak yang diminta tetap mak beri. Semakin remaja usia anak, makin sukar mahu dilentur. Mak pula tak mahu lihat anak susah, Sanggup buat apa saja asalkan anak bahagia. Sedar tak sedar, rupanya mak dah ‘spoil’kan anak. Manjakan anak tu tak salah. Tapi mak-mak jangan sampai salah tafsir maksud MANJA.

Bila dah terlalu kerap dimanjakan dengan ‘duit’ anak pun naik lemak. Hilang sudah adab dan akhlak yang perlu dijaga ketika bercakap dengan mak ayah send1ri. Mak ayah perlu pegang ini, apabila kita meletakkan d1ri sebagai hambaNya, hati akan sentiasa merunduk ke bumi. Kerana Allah jugalah raja sekalian alam.

Enam Tahun Pertama

Inilah waktu tumbesaran otak anak paling pesat. 90% EQ (Emotional Quatient) anak dibina waktu ini. Selebihnya 10% ketika anak usia 7 tahun ke 20 tahun.

Sebab itulah, waktu usia ini mak-mak perlu beri kasih sayang pada anak tapi jangan sampai anak memanipulasi mak ayah. Bukan semua kemahuan anak, mak ayah kena penuhi.

Jangan Sampai Salah Tafsir Definisi ‘Manjakan Anak’

1. Manja Pun Ada Batasnya

Jangan beri anak apa yang dia mahu. Sebabnya bila tiba-tiba mak tak boleh tunaikan janji, anak akan memberontak, menyalahkan mak. Bantu anak kawal emosi sejak mereka kecil agar bila besar anak pandai hidup berdikari.

2. Didikan Orang Lama

Tak salah ambil ilmu dari cara didikan orang tua kita. Yang jadi masalah, bila ada mak ayah yang ragu-ragu dengan teknik keibubapaan atau skil mendidik. Sudahnya mereka menjurus jadi kurang yakin dengan kebolehan anak send1ri.

3. Jangan Tertekan Dengan Persepsi Masyar4kat

Sebabnya ia boleh beri kesan negatif dengan cara mendidik mak ayah. Masa anak kecil inilah perlunya memupuk kasih sayang pada anak kecil.

4. Tak Bezakan Anak Lelaki-Perempuan

Anak perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Kerana, hormon estrogen dalam badan anak perempuan bantu hubungkan otak kanan dan k1ri yang cepat berbanding anak lelaki.Jadi, mak ayah perlu tahu sebab itu mereka perlu belai anak lelaki 0-6 tahun lebih lama berbanding perempuan.

5. Tegas Itu Perlu

Ia perlu disokong dengan mimik muka dan suara yang tegas. Biar anak tahu mana satu nada ibu bergurau, nada suara gembira atau tegas.

Sumber : Nasihatustazz / satkoba