45 Tahun Tinggal & Bercakap Loghat Terengganu, Nenek Perancis Ini Buat Ramai Terpesona

Apabila sudah lama menetap di negara orang lain, sudah semestinya kita akan perlahan-lahan untuk menguasai bahasa dan juga budaya mereka. Lagi-lagi bila sudah selesa, memang akan diamalkan setiap hari.

Sama juga dengan negara kita, ternyata ramai pengunjung dan warga asing yang terus jatuh cinta dengan bermacam keunikan yang ada. Dari segi bahasa yang mempunyai pelbagai loghat dan juga budaya yang berbeza-beza.

Perkara ini dibuktikan sendiri melalui satu video yang dikongsikan di TikTok, yang mana pemilik kepada akaun tersebut mengambil keputusan untuk membuat kejutan buat neneknya yang berada di Terengganu. Lebih mencuri perhatian, neneknya merupakan orang Perancis dan telah menetap di sana selama 45 tahun!

Bukan itu sahaja, kelihatan juga neneknya begitu selesa mengenakan kombinasi baju kebaya bersama kain batik. Difahamkan bahawa neneknya memang gemar mengenakan kain batik malah boleh dikatakan hari-hari juga dia pakai di rumah. Wah, macam orang tempatan dah!

Video:

@sabbybolivar
Reply to @dreysha she also wears Batik everyday 🥰 #nenekviral #fypmalaysia

♬ original sound – Sabrina Bolivar – Sabrina Bolivar

Rupa-rupanya pembuat kapal Melayu bersama arw4h suami

Nenek Perancis itu juga tidak kekok untuk bertutur dalam loghat Terengganu bersama cucu-cucunya malah kedengaran begitu lembut dari cara bertutur.

Ternyata di bahagian komen, netizen ramai terkejut dengan identiti sebenar nenek tersebut kerana dia merupakan Christine Rohani, yang terkenal sebagai pembuat kapal Melayu bersama dengan arw4h suaminya suatu ketika dulu. Siap kata pernah nampak dalam TV!

Komen Netizen:

Rata-rata terkejut dan terpesona kerana dapat melihat gelagat Christine dengan lebih dekat dalam video yang dikongsikan oleh cucunya. Bukan itu sahaja, ramai yang menyifatkan bahawa Christine seorang yang comel kerana kelihatan begitu bersahaja.

Memang comel je tau bila dia dengan cucu-cucu dia! Min pun tak boleh lagi nak bercakap dalam loghat Terengganu, tahu makan keropok losong je… Hihi…

Sumber : Lobak Merah / sinarviral

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini