3 Amalan Ini Di Dunia Supaya Allah Lapangkan Kvbur.

Setiap yang hidup pasti m4ti. Tiada yang terkecuali dalam soal kem4tian, hanya tercepat atau terkemudian.

Semasa kecil di sekolah, kita diajar oleh guru agama tentang alam kvbur di mana sebaik tujuh langkah ahli keluarga meninggalkan tanah perkvburan selepas kita dikebumikan, maka akan datanglah Malaikat Munkar dan Nakir yang akan bertanyakan kita soalan-soalan, berkaitan amalan yang kita lakukan di dunia ini.

Dalam kitab-kitab berkaitan alam kvbur, dinyatakan bagi golongan yang hidup di dunia menurut aturan mereka sendiri seperti berbuat kemaksiatan, dosa-dosa besar dan lain-lain lagi maka alam kvbur akan menjadi sempit. Sekali pukulan dari Malaikat akan terbenam di dalam tanah dan kemudian dibangkitkan kembali.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Kvbur adalah tempat turun pertama dalam menuju ke alam akhirat. Siapa selamat di situ, maka alam-alam selepas itu lagi senang buatnya. Siapa dalam kvbur tidak selamat, maka alam-alam lain akan lebih teruk.

Sebagai hamba Allah, sudah tentu kita impikan kita selamat di dunia mahu pun di akhirat.

Bagi korang yang mahukan keselesaan di alam kvbur seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW, Ustaz Ahmad Dasuki ada berkongsikan 3 amalan khusus yang boleh kita buat bagi memastikan kita selesa di alam kvbur kelak.

Dalam satu ceramahnya kata Ustaz Ahmad Dasuki, kalau nak berehat di kvbur, kat dunia jangan asyik tidur. Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di kvbur.

Amalkan 3 perkara ni:

1. Baca Al-Quran sebelum subuh

Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam

Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kvbur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kvbur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat

Keadaan kvbur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa?

Kawan-kawan,saya, anda dan kita semua memang selalu leka. Sebab tu kita kena sentiasa berpesan-pesan sesama kita. Ingat, malaikat m4ut ada dekat dengan kita hanya menunggu masa untuk mencabut nyawa. Tapi tulah, dah bersediakah kita? Insya Allah.

Sumber : PetuaIbu / rencahrasa

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini