ꜱᴇᴍᴘᴏɪ 3 ʙᴇʀᴀɴ̷ᴀᴋ ᴋᴇʀᴊᴀ ɢᴜᴀʀᴅ… ᴘᴇʟᴀᴊᴀʀ ᴜɪᴛᴍ “ɴᴀᴋ ʀᴀꜱᴀ ᴀᴘᴀ ʏᴀɴɢ ᴀʙᴀʜ ʀᴀꜱᴀ”, ᴅᴀʜ ‘ᴋᴇʙᴀʟ’ ᴋᴇɴᴀ ᴍ4ᴋɪ ᴛᴀᴘɪ ᴋᴀʟᴀᴜ ʙᴀᴘᴀ ᴛᴇɢᴠʀ ᴛᴇʀᴜꜱ ᴇᴍ0!

BEKERJA bersama keluarga pastinya membangkitkan suasana yang berlainan daripada kebiasaan.

Seperti seorang gadis ini, mencari rezeki bersama kedua-dua ibu bapanya dilihat begitu menyeronokkan.

Perwatakan ceria tiga beranak ini yang bertugas sebagai pengawal keselamatan meraih perhatian.

Nur Fiza Aina Zabri berkata, dia berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat pemberian v4ksin (PPV) C0v!d.19 di Petaling Jaya, Selangor, sejak tiga bulan lalu.

View this post on Instagram

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Gadis berusia 20 tahun itu memberitahu, dia kini bertugas di tempat itbersama bapanya berusia 63 tahun yang berpengalaman bekerja sebagai pengawal keselamatan sejak 2019.

“Saya baru je kerja guard. Abah (panggilan bapa) lebih lama setelah bersara sebagai kerani. Mak pula baru menceburkan diri berkhidmat sebagai guard.

“Saya dan ayah bekerja secara tetap, manakala mak jadi buffer (pengawal gantian) bagi menggantikan seorang guard warga Nepal yang bercuti.

“Secara kebetulan, mak ditempatkan bersama saya dan abah di hari pertama mak bertugas jadi guard. Itu yang nampak meriah dalam pondok pengawal,” katanya kepada

Aina (kiri) bersama ibu (tengah) dan bapa di tempat kerja.

Lebih mesra disapa Aina, katanya, dia mahu mencari pengalaman sebagai pengawal keselamatan sebagaimana yang dilakukan oleh bapanya.

“Saya tahu segelintir orang kata guard adalah kerja pilihan terakhir, tapi saya sendiri nak kerja jadi guard untuk cari pengalaman. Nak rasa apa yang abah saya rasa.

“Cabarannya bukan setakat berpanas, tapi juga berdepan dengan orang luar selain persepsi dipandang rendah hanya kerana kerja guard,” ujarnya yang menetap di Klang, Selangor.

Hubungan rapat tiga beranak.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, tiada masalah baginya bekerja sambil belajar dengan menguruskan masa untuk sesi terbuka dan jarak jauh (ODL).

“Saya masih mengikuti kelas online dan melakukan tugasan di rumah selepas balik kerja. Yang penting kena mengimbangkan masa kerja dan belajar,” ujarnya yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan Pejabat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang itu.

Foto kiri Aina merupakan pelajar, kanan bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Mengakui dirinya s3nsitif dan mudah tersentuh, namun gadis ini berjiwa kental ketika menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengawal keselamatan.

“Kena mar4h dan m4ki dengan orang luar tu perkara biasa. Lebih-lebih lagi dengan mereka yang tak sabar atau enggan beri kerjasama.

Segelintir orang kata guard adalah kerja pilihan terakhir, tapi saya sendiri nak kerja jadi guard untuk cari pengalaman

NUR FIZA AINA ZABRI

“Saya okay apabila berhadapan dengan orang luar, dalam kerja kena tegas. Saya bercita-cita nak jadi polis… nak jadi polis ni jiwa kena kental.

“Tapi saya sebenarnya hati tisu kalau dengan keluarga terutama dengan abah. Bila bekerja dengan abah, kadang-kadang kami tak sependapat. Saya pula masih muda ada juga keras kepala, jadi bila kena tegur tu rasa nak men4ngis,” katanya yang suka menyanyi dan mengagumi bakat penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Rossa.

Aina mahu menimba pengalaman bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Aina bagaimanapun menyifatkan ketegasan bapanya sebagai lumrah dalam mendidik anak-anak selain komited dalam menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan.

“Di tempat kerja abah memang tegas dan garang, tapi dia sebenarnya seorang selamba dan suka berlawak. Mak juga sempoi, seorang yang happy-go-lucky.

“Jadi memang tak bosan kalau kerja berpanas dengan mak dan abah yang sekepala. Kerja pun rasa seronok,” katanya.

Komen Netizen :

sumber: news78post

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini