ꜱᴇᴛᴇʟᴀʜ 5 ʜᴀʀɪ ʜɪɪᴀɴɢ, ᴀᴋʜɪʀɴʏᴀ ꜱᴜᴀᴍɪ ᴅɪᴊᴜᴍᴘᴀɪ ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ ᴅɪ ɪᴀᴅᴀɴɢ ᴋᴇʟᴀᴘᴀ ꜱᴀᴡɪᴛ. ꜱᴀʟᴀᴍ ᴛᴀᴋᴢɪᴀʜ ʙᴜᴀᴛ ʟꜱᴛʀɪ ᴅᴀɴ ᴋᴇʟᴜᴀʀɢᴀ

Teluk Intan: “Saya dan dua anak kami menunggu suami kembali ke rumah dengan selamat. Hati ini terlalu risau memikirkan keadaannya di sana (dalam kebun sawit),” kata Norhayati Mohd Nusin.

Norhayati, 36, adalah isteri Jefri Ismail, 36, yang dilaporkan hilang di kebun kelapa sawit di Alor Bakong, Langkap, sejak kelmarin.

GAMBAR KEADAAN MANGSA KETIKA DITEMUI ADA DI BAWAH SEKALI

Norhayati berkata, suaminya mengalami masalah kemurungan sejak Julai lalu dan mendakwa dia sering terdengar bisikan mengatakan orang setempat tidak menyukainya dan mengatakan dia kurang sihat.

Menurutnya, keadaan suaminya yang berkerja sebagai tukang rumah itu semakin serius sejak dua minggu lalu.

Itu bisikan diceritakan kepada saya dan semuanya itu tidak berlaku, tiada sesiapa mengatakan seperti itu kepada suami.

“Sejak dua minggu lalu suami nampak lebih sedih dan selalu termenung. Dia bercakap seorang diri dan kadang-kadang akan menangis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, dia tidak terlalu melayan dakwaan suaminya itu kerana tidak mahu keadaan suami semakin serius, sementara berusaha mengubati suaminya.

Saya beritahu keluarga mengenai suami dan kami sepakat mahu membawanya berubat pada Selasa.

“Tetapi apabila saya pulang ke rumah pada waktu tengah hari (pada hari kejadian) suami sudah tiada dan gagal dihubungi,” katanya.

Norhayati berkata, dia dan dua anak iaitu lelaki berusia 14 tahun dan perempuan berusia 10 tahun khuatir dengan keselamatan suami.

“Tiada apa yang saya harapkan selain suami segera kembali ke dalam keadaan selamat atau apa jua keadaanya. Saya sudah dua kali mengikut operasi mencarinya.

Kami berusaha dengan pelbagai cara termasuk membuat solat hajat dan membaca surah Yaasin supaya dia segera ditemui,” katanya.

Setakat ini, Jefri masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada 6 petang dan akan disambung pagi esok.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid turut hadir meninjau lokasi pencarian SAR.

Mior Faridathrash berkata, setakat ini tiada petunjuk baharu ditemui selain motosikal mangsa yang dijumpai pada hari kejadian.

Di hujung (ladang sawit) ada perkampungan Orang Asli dan kita minta kalau mereka ada melihat (atau mempunyai sebarang maklumat boleh memaklumkan kepada kita),” katanya.

Setelah 5 hari hiIang, akhirnya suami dijumpai meninggal dunia akibat kemurungan.

Teluk Intan: Lelaki dipercayai mengalami masalah kemurungan yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu ditemukan meninggal dunia di tepi Sungai Chikus, Ladang Selinsing Changkat Petai di Langkap, di sini, hari ini.

Mayat lelaki berusia 36 tahun berkenaan ditemukan pasukan penyelamat pada 2.30 petang.

GAMBAR KEADAAN MANGSA DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten KomisionerAhmad Adnan Basri berkata, mayat ditemui kira-kira empat kilometer (km) dari lokasi motosikal dijumpai di kebun sawit Alor Bakong, Rabu lalu.

“Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia tiga hari lalu. Tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada mayat mangsa.

Pengecaman mayat dilakukan oleh keluarganya dan pemeriksaan lokasi kejadian dan mayatnya dilakukan oleh pihak forensik dan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta kes disiasat semula untuk mengesan punca kematiannya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, kehilangan mangsa yang berkerja sebagai tukang rumah itu disedari isterinya apabila suaminya tiada di rumah dan gagal dihubungi pada 1 tengah hari, Selasa lalu.

Mangsa kemudiannya dilaporkan hilang di kebun sawit berkenaan susulan penemuan motosikal dan telefon bimbitnya pada 8 pagi, Rabu lalu.

Sumber HM & Kosmo, Facebook Erwan Iskandar / belumbalik

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini