ᴋʜᴀʙᴀʀ ᴅᴜᴋᴀ, ɴᴇʟᴀʏᴀɴ ʜɪʟᴀɴɢ ꜱᴇᴍᴀʟᴀᴍ ᴅɪᴛᴇᴍᴜɪ ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ ᴊᴀᴛᴜʜ ɪᴇᴍᴀꜱ ᴋᴇᴛɪᴋᴀ ʙᴀꜱᴜʜ ᴍᴜᴋᴀ

SABAK BERNAM – Kehilangan seorang nelayan yang terjatuh ketika mencuci mukanya di Jeti Sungai Nipah, Sungai Besar di sini terungkai apabila mayatnya ditemui malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, mayat lelaki berusia 38 tahun itu ditemui bomba dan orang awam pukul 11.45 malam.

GAMBAR DI BAWAH SEKALI

“May𝐚t berkenaan berada pada jarak kira-kira tiga meter dari lokasi mangsa terjatuh.

“M𝐚ngsa dipercayai terjatuh di kedalaman dua meter sebelum ditemui di sekitar kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, may𝐚t mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Hafisham berkata, operasi mencari dan menyelamat itu melibatkan 16 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar, Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mencuci mukanya di Jeti Sungai Nipah, Sungai Besar, di sini petang semalam.

Sumber Kosmo / belumbalik

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini