ʀᴀᴍᴀɪ ᴛᴇʀᴜᴊᴀ ʟɪʜᴀᴛ ɢᴀᴍʙᴀʀ2 ᴇʙɪᴛ ʟᴇᴡ ʙᴀᴡᴀ ‘ʙɪᴅᴀᴅᴀʀɪ’, ᴀɴᴀᴋ-ᴀɴᴀᴋ ᴍᴀᴋᴀɴ ᴀɴɢɪɴ ᴋᴇ ꜱᴡɪᴛᴢᴇʀʟᴀɴᴅ

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew menyatakan kini sedang menikmati percutian bersama keluarga tercintanya di Switzerland.

Ebit menerusi Facebooknya turut memaklumkan, menikmati masa bersama keluarga merupakan perkara paling indah.

“Doakan ye, bawa bidadari dan anak-anak ke Swiss. Tiadalah masa paling indah di dunia ini melebihi saat bersama keluarga. Peneman di dunia dan di sana insya-Allah. Semoga setiap langkah ini mendapat Reda dan kasih sayangNya,” katanya di sini hari ini.

Dalam kemas kini terkini, Ebit Lew berkongsi momen-momen percutian mereka ketika berada di sana

“Alhamdulillah dah sampai Swiss. Bidadariku ,baikkan Allah. Dia yang beri segalanya. Bahagia dari Allah. Dialah yang beri bahagia dulu kini selamanya. Tugas kita mengenalNya. Bersyukur padaNya. Ya Allah betapa diriku menyayanginya. Sayanglah padanya. Sayanglah pada kami. Hanya kasih sayangMu yang kami harapkan. Dapat Redha Allah dapatlah segalanya. Berilah RedhaMu pada kami semua”

Perkongsian Ebit tersebut mendapat lebih 700 komen dan 23 ribu tanda suka dalam masa 27 minit di muat naik.

Antara komen yang ditinggalkan pengguna media sosial, Sidah Icer, yang memaklumkan turut berada di negara tersebut dan ingin berjumpa dengan pendakwah terbabit sekiranya berpeluang.

“Ustaz Ebit Lew, saya berada di Switzerland. Saya ingin sangat berjumpa dengan ustaz dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Yuzaiman turut mendoakan perjalanan Ebit Lew dan dipermudahkan segala urusannya.

“Semoga ustaz sekeluarga sentiasa dipermudahkan segala urusan serta dilindungi Allah S.W.T dan selamat bercuti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Anirah Abdullah berkata, tiba masanya untuk Ebit bercuti bersama sekeluarga selepas sekian lama membantu orang lain.

“Pergilah berehat ustaz bersama bidadari dan anak-anak. Moga selamat pergi dan kembali. Semoga ustaz sekluarga dalam lindungan Allah,” ujarnya.

Ebit sebelum ini terpalit dengan pelbagai t0hmahan dan kontr0versi.

sumber: kisahbena

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini