ɢᴜʀᴜ ᴍᴀᴜᴛ ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ ᴋᴇᴛɪᴋᴀ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴘᴇʀᴊᴀʟᴀɴᴀɴ ᴋᴇ ꜱᴇᴋᴏʟᴀʜ

Alor Gajah: Guru wanita yang dipercayai dalam perjalanan ke sekolah meninggal dunia selepas kereta dipandu terbabit kemalangan dengan lori di simpang tiga Alor Gajah Lama di sini, hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku pada 6.30 pagi ketika SakuraMuna Sakura Muhammad Perang, 54, memandu ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Melaka Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa dari Taman Nuri cuba membelok ke kanan untuk menghala ke Durian Tunggal.

“Dalam masa sama, lori dipandu lelaki 43 tahun dari arah Krubong hala Nyalas, Jasin gagal mengelak mangsa dan merempuh bahagian sisi kanan kereta.

“Rempuhan menyebabkan kereta mangsa terseret lebih enam meter dari lokasi pelanggaran,” katanya di sini, hari ini.

Hasan Basri berkata, mangsa cedera di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

sumBER: wowberita

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini