ɢɪᴛᴀʀɪꜱ ꜱᴀᴍᴜᴅᴇʀᴀ, ɴᴏʀᴀᴢᴍɪ ᴀʙᴅᴜʟʟᴀʜ ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ ᴀᴋɪʙᴀᴛ ᴄᴏᴠɪᴅ-19

KUALA LUMPUR: Pemain gitar Samudera, Aimi atau Norazmi Mohd Abdullah telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 10.39 malam tadi dipercayai disebabkan wabak Covid-19.

Berita sedih itu dikongsi oleh pemain drum Samudera, A’ai di laman Facebook Samudera Fans Club.

“Assalamualaikum dapat khabar Aimi telah kembali kepada pencipta-Nya. Al-Fatihah buat arwh. Segala kenangan bersama akan tetap mekar selamanya,” tulisnya.

Sementara itu, Amy Ukays turut mengulang siar berita berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menjengah di ruangan komen Amy, Ujang yang merupakan bekas anggota Samudera tampil melayangkan pertanyaan tentang punca pemergian Allahyarham.

“Terkena Covid-19,” balas komen Amy kepada Ujang.

sumBER: wowberita

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini